Posts

Showing posts with the label perkongsian

Rezeki Saya..Rezeki Awak..Rezeki Kita

Image
Assalamualaikum.... May peace be upon you... Credit to Google *Hakikat Rezeki* Ada orang, Rezeki dia dapat kahwin awal dan dapat menjalani rutin harian seperti keluarga yang lain. Ada orang, Rezeki dia ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis. Ada orang, Rezeki dia ada anak-anak yang baik dan taat lagi kuat agama. Ada orang, Rezeki dia dapat solat di masjid setiap waktu. Ada orang, Rezeki dia cukup makan pakai setiap hari dengan baik. Ada orang, Rezeki dia dapat mengembara ke sana sini mencari pengalaman. Ada orang, Rezeki dia dikurniakan perniagaan yang maju dan bertambah2 maju. Ada orang, Rezeki dia dapat terus belajar sampai tahap yang tertinggi. Ada orang, Rezeki dia mudah belajar, baca dan hafal Al-Quran. Ada orang, Rezeki dia ahli keluarga dia masih ada di sisi menemani. Ada orang, Rezeki dia ada rumah yang selesa didiami. Hakikatnya, Allah menjadikan kita semua kaya dengan rezeki yang tersendiri...

Suka Saya Benci Saya

Image
Dear me.. Dalam dunia ini ada bermacam-macam orang yang kita akan jumpa Kadang-kadang kita suka dengan orang yang kita jumpa itu Tetapi Kadang-kadang kita tidak suka, kita benci, kita menyampah dengan orang itu Itu cerita tentang perasaan ,cerita tentang hati yang susah untuk kita kawal Tetapi adakah kita punya hak untuk membenci seseorang Dia juga manusia biasa seperti kita yang punya kekurangan dalam diri Kita juga tidak sempurna mana, jadi apa hak kita untuk menilai kesempurnaan seseorang itu.Tanggungjawab diri dia sendiri untuk memperbaiki kekurangan sedikit demi sedikit. Kita yang ada disekeliling perlu juga ada rasa tanggungjawab  untuk tegur tetapi harus kena pada caranya. Pernah tidak kita terpikir dalam sibuk  kita membenci orang, tidak mustahil ada juga orang disekeliling kita yang turut ada  perasaan benci atau perasaan tidak suka dengan kita.Ketika itu kita akan rasa perasaan orang yang pernah kita tidak suka atau kita benci suatu k...

Jangan putus asa

Image
credit to Google " Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu bukanlah akhlak muslim. ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok"                                                                                                                          ~Imam Hasan Albanna~ Hidup ini ibarat roda. Kadang-kadang kita keatas, k...

Cantik itu sebenarnya...

Image
credit to Google ~Kecantikan diri buat yang halal dan halal itu sungguh indah~ Sesungguhnya suka pada kecantikan itu fitrah. Perasaan yang  telah dikurniakan kepada setiap umat manusia yang berada dimuka bumi ini.Tiada seorang pun yang tidak suka akan sesuatu yang cantik. Kerana Allah juga suka akan kecantikan dan benci akan keburukan. “Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai yang indah, murah hati dan menyukai kemurahatian, menyukai akhlak yang luhur dan membenci akhlak yang rendah.”  (HR. Al-Baihaqi) Walaupun Allah s.w.t suka kepada kecantikan sekalipun, jangan pula kita mengambil kesempatan untuk mengubah sesuatu yang telah Allah cipta kononnya untuk menjadi lebih cantik dengan alasan  Allah suka sesuatu yang cantik itu. Ya  memang betul Allah suka pada kecantikan tetapi bukan la sehingga mengubah ciptaanNya. " Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid ( atau mengerjakan sembahyang). Makanlah dan m...

Cinta dan Air mata

Image
Credit to Google Perasaan yang tidak pernah  diundang tetapi takdir telah mengundang nya untuk  menguji sekeping hati. Sakit, pedih mahupun kecewa hanya si empunya hati yang merasa.Walaupun ianya pahit untuk ditelan cuba menelannya dengan  perlahan-lahan dengan harapan pahitnya akan hilang sedikit demi sedikit. Biarkan masa yang memaniskan kembali pahit yang telah ditelan itu.Hidup  harus diteruskan, jangan berputus harap hanya disebabkan sekali kita  kecewa  dan jangan sesekali benci akan persaan cinta itu, keranacinta itu  fitrah manusia  jangan membunuh perasaan itu biarkan ia hadir kepada insan yang  selayak untuk cinta suci itu.Soal cinta ialah soal hati dan sangat berkait rapat  dengan soal jodoh dan bila disebut soal jodoh semua rahsia Allah, kita  sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.  Sekarang kita kecewa mungkin itu bukan jodoh yang terbaik untuk kita  mungk...

Jangan sombong!

Image
                                                                  Credit to Google Sombong untuk apa? adakah dengan bersikap sombong seseorang itu menikmati kepuasan hidup dan adakah itu nikmat hidup yang dicari selama ini ? tepuk dada tanya hati. Memang tidak dinafikan manusia memang sering kali dikaitkan dengan sifat kealpaan, tetapi jangan pula kita ambil kesempatan dengan kelemahan yang  kita ada itu untuk dijadikan tiket untuk kita sering terlupa dengan tanggungjawab yang telah diberi sepanjang kita berkelana di bumi Allah s.w.t ini. Malangnya,ramai antara kita telah pun lupa dan mula bersikap sombong seolah-olah apa yang dimiliki itu kekal untuk selama-lamanya.Kita mungkin ingat bahawa apa yan...

Saya suka awak dan awak suka saya tapi....

Image
                                                                    credit to Google " Saya suka awak" dan " awak suka saya" kalau dengar memang orang akan cakap " bagus la tu dah suka sama suka tunggu apa lagi", tapi kalau difikir-fikirkan balik cukup ke kalau kita berbekal "quotes" itu semata-mata untuk kita melangkah ke peringkat seterusnya?macam mana dengan aspek lain? sudah sama suka ke? sudah bersedia ke? hendak tahu sejauh mana kita bersedia atau tidak bukan tanya orang lain tetapi tanya diri sendiri, tepuk dada tanya hati. Kalau ikut zaman sekarang, trend kahwin muda yang di mana telah diamalkan pada zaman mak bapak kita dulu-dulu suda...

Cerita sebuah perjalanan

Image
credit to google Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw . bersabda;  "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w . menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t . akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t . akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah saw ? " Nabi Muhammad s.a.w . kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".  H.R. Abu Daud  Manusia hidup didunia hanya sementara ibarat musafir yang datang singgah untuk mencedok seberapa banyak ilmu,pengalam...

Sahabat dunia akhirat

Image
Credit to Google “ Sesungguhnya orang-orang mu’min adalah bersaudara karena itu  damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah  supaya kamu mendapat rahmat”  (Al Hujrat : 10 ) Dalam dunia ini, untuk kita mencari seorang kawan memang cukup senang tapi untuk kita  mencari seorang sahabat tidak sesenang seperti kita mencari seorang kawan.Kadang- kadang terlintas di kotak fikiran apa beza antara kawan dan juga sahabat? Mungkin ada  sesetengah kita menganggap bahawa kawan dan juga sahabat itu sama sahaja, tetapi  ada juga yang bersetuju bahawa sahabat dan kawan dua benda yang berbeza.Kawan  disaat kita senang dia ada bersama tetapi disaat kita  berada dalam keadaan berdukacita  jarang kawan ada disisi kita. Sahabat itu berada dekat dengan kita saat kita suka dan  duka bersama dengan kata-kata semangat,kata-kata nasihat untuk kita kembali bangun  daripada  terus terjatuh.Itulah indahnya...

Jadikan aku Pencintamu

Image
 Credit to Google   The Chosen one Nabi Muhammad s.a.w Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w.,keluarga dan  para sahabat. salam maulidur rasul buat semua saudara-saudara muslim  sedunia.Bersyukur kita diberi peluang sekali lagi untuk bersama-sama  menyambut ulangtahun kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.  yang  dirindui.Setiap tahun kita sebagai umat islam menyambut akan ulangtahun  kelahiran (maulud nabi) Nabi Muhammad s.a.w dengan begitu meriah sekali  dengan perarakan,ceramah-ceramah dan sebagainya.Tetapi adakah dengan  sambutan-sambutan sebegini cukup untuk mempamerkan rasa cinta kita,rasa  sayang kita pada kekasih Allah Muhammad s.a.w? ketika bibir manis menutur  kata cinta  pada pasangan kita, kenapa tidak pada junjungan kita Rasulullah  s.a.w. Sedangkan baginda tidak pernah lupa pada umatnya dimana disaat  akhir hayat baginda, bibir baginda tetap menutu...

Hipokrit

Image
Credit to Mr. Google Hipokrit adalah sujektif. Kenapa hipokrit itu subjektif? Sebab bagi aku setiap orang mempunyai kafahaman  yang berbeza untuk setiap individu mendefinisikan hipokrit itu sendiri . Secara  keseluruhan apa yang kita tahu hipokrit itu adalah satu sifat kepura- puraan, tidak  kisah sama ada individu itu hendak tunjuk kebaikannya atau nak mendapat  perhatian  atau demi kepentingan orang lain. Kita tidak tahu alasan disebalik kenapa  mereka ini bersikap hipokrit. Oleh sebab itu, pada pandangan aku hipokrit itu subjektif.  Setiap daripada mereka ada alasan yang tersendiri untuk bersikp hipokrit, Mungkin  mereka bersikap demikian untuk kepentingan orang lain dan mungkin untuk kepentingn  sendiri dan mungkin juga mereka ni kurang kasih-sayang. Kalau difikirkan balik apa  keuntungan yang kita dapat kalau kita bersikap hipokrit atau berpura pada diri sendiri/ orang lain? Cuba tanya pada diri kita sendiri, apa tujuan ...

Jangan serik untuk berubah.

Image
credit to Google "Aku ingin berubah" Satu kata-kata yang mungkin pernah terlintas didalam pemikiran kita semua. Tapi sejauh mana keinginan kita untuk berubah? Perubahan yang bagaimana yang kita ingin lakukan? Mungkin perubahan yang membawa kepada satu titik noktah. Mungkin juga ia perubahan yang bakal merubah segalanya dari tanpa arah ke satu arah.Satu angan yang agak sukar direalitikan jika tidak dibajai dengan benih kesabaran dan keikhlasan. Kadang-kadang pengaruh sekeliling juga boleh kita senaraikan sebagai musuh untuk kita berubah. Ada sahaja suara-suara sumbang yang memperlekehkan usaha diri untuk berubah. Paling penting, jangan pernah kenal erti putus asa untuk berubah.Walaupun ianya susah, tapi berubah itu bukan sesuatu yang mustahil untuk kita lakukan. “Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang    yang berusaha memperbaiki amalannya" (Maksud ayat 128, surah Al-Nahl) Betulkan niat Perkara asas yang perlu diperkukuhkan ialah ni...

La tahzan

Image
 DeviantArt by Andrea Reyes La Tahzan jangan bersedih. Tidak semua hari berlalu dengan gembira.  Kita harapkan panas hingga ke petang rupa2nya hujan  ditengah hari.  Ada masa kita punya perasaan sedih.  Macam-macam punca atau sebab yang boleh membuatkan kita sedih.  Mungkin kehilangan, kematian, pergaduhan, perselisihan faham,  kegagalan umpatan dan sebagainya. Rasa yang bukan kita amat alu-alukan. Jangan dihalang biarkan sedih itu hadir.  Ibn Qayyim pernah  berkata: "Apapun tingkatan kesedihan itu hendaklah seseorang itu  berada dijalan Allah s.w.t dan orang-orang yang cerdik ialah yang tidak membiarkan kesedihan menguasai dirinya  apalagi melumpuhkannya". Rasa sedih membuat kita dekat dengan maha pencipta.  Saat itu  terasa dekat amat pada Allah s.wt. Firman Allah:  "Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah berserta kita ( At-taubah: 40) Jangan kita lupa pada Al-Quran  iaitu love letter ...

Perigi cari Timba

Image
credit to Mr Google Perigi cari timba atau Timba cari perigi? bagi aku kedua-duanya ada maksud tersendiri  pada zaman dahulu. Istilah ini sering digunakan oleh orang dulu2 kerana mereka  sangat2 berpengang pada adab2 berkawan antara lelaki dan perempuan.  Bagi mereka biarlah sesuatu perhubungan itu bermula dengan lelaki ianya  nampak  lebih manis berbanding jikalau perempuan yang memulakannya.  Tetapi Itu cerita zaman dahulu .   Bagaimana pula dengan zaman sekarang? Masih ada lagi ke orang menggunakan istilah-istilah sebegini.?  mungkin ada sesetengah orang yang masih berpegang teguh pada istilah2 tersebut.  Tetapi kalau ikutkan  arus pekembagan semasa, dunia sekarang sudah  tiada lagi istilah perigi mencari timba atau timba mencari perigi.  Bagi aku tidak salah untuk perempuan  yang memulakan langkah dalam memulakan perhubungan kira macam  first mover la .  Malu?... ok! aku terima mungkin ad...

Perhubungan jarak jauh (PJJ)

Image
credit to MsCrys_DeviantArt Long distance love atau hubungan cinta jarak jauh. Pasangan bercinta yang terpisah antara benua, negara ataupun negeri berkorban untuk mengejar cita dan impian.Satu perasaan yang susah untuk ditafsirkan. Kadang-kadang  its killing inside. Tetapi semakin ramai pasangan sekarang yang berani mencuba percintaan jarak jauh ini berikutan perkembangan teknologi yang semakin canggih. Dengan adanya skype, YM, Facebook dan sebagainya, ramai yang berpendapat bahawa mereka masih dapat berhubung dan berkomunikasi  dengan pasangan masing-masing. Tapi adakah dengan berhubung 24h/7   cukup untuk kita memelihara hubungan jarak jauh ini? Mungkin ada sesetengah daripada kita setuju, tapi sebenarnya kekuatan sesuatu hubungan jarak jauh itu bukan terletak berapa keprap kita berhubung dengan pasangan kita tetapi  sejauh mana kita percaya pada pasangan kita sendiri.Kalau pasangan itu ada  rasa tanggungjawab dan kepercayaan yang sang...

Egois

Image
  credit to Mr Google Egokah aku?.... yes .Im egomaniac... korang pulak macam mana? mesti yes juga kan..  cuba cerita sikit kat aku siapa yang tak ada sifat egois tu.. angkat tangan..eh silap2 angkat keyboard... meh2 sini...kita buat experiment nak?? Ok la back to topic... bagi  aku,semua itu lumrah atau fitrah manusia untuk ada sedikit sifat egois... Sifat ego ini aku boleh aku ibaratkan sebagai senjata yang boleh selamatkan kita  dan juga boleh membunuh kita.... kalau terlebih2...abislah memang wassalam la... tapi kalau dalam perhubungan antara awek-pakwe atau kawan-kawan pulak... aku boleh kategorikan as a virus,,, virus yang sangat bahaya... sampai boleh putus sahabat ..putus cinta la.......macam2 lagi lah yang putus.. ada orang cakap...susah lah nak handle orang yang ego dia tinggi nie... hands up...memang setuju....payah sangat susah... apa saje yang dia cakap... dia akan tegak setegak2nyer pendapat dia tue.. tak kisah pun dengan pandangan...

The Night of Power

  Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan[1593]. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?  Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.  Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin  Tuhannya untuk mengatur segala urusan.  Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. Surah Al-Qadr ayat 1-5

wajah suci-mestika

  Seakan-akan manusia hari ini sudah tidak takut lagi terhadap ancaman- ancaman yang dijanjikan oleh Allah. Allah SWT berfirman:  Dan tinggalkanlah dosa yang nyata dan yang tersembunyi, kerana  sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan  dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan.   (al-An’aam: 120)

Puasa + Terawih = Ramadhan

Image
Sebelum terlupa...Selamat menyambut Ramadhan Al-mubbarak kepada semua yang kat luar sana. Mudah-mudahan puasa kita tahun ini lebih baik daripada puasa yang sebelum ni..(ayat biase setiap kali bulan puasa). Hari ini dah hari ke-4 kita berpuasa dan terawih yng ke-5.Pergi terawih tak semua nie?? kalau pergi bagus lah dan yang tak pergi2 lagi tu.. Kalau boleh luangkan lah sedikit masa untuk pergi solat terawih lagipun setahun sekali aje so memang sangat  rugi kalau tak pergi. Ye la kita tahu apa yang akan jadi kat kita lepas nie, takut2 kita tidak ada kesempatan lagi untuk berjumpa dengan ramadhan tahun depan.Jadi gunakanlah kesempatan umur yang telah Allah kurniakan pada kita dengan sebaik yang boleh. Orait! Jadi, hari ini aku nak kongsi dengan semua orang tentang fadhilat solat terwih. Rasanyer semua dah tahu pun tapi tak pe sharing kan caring jadi tak salah pun kan (^_^)V FADHILAT TARAWIH 1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama  Diampuni dosa orang-orang yang be...