Thursday, February 3, 2011

Hipokrit

Credit to Mr. Google

Hipokrit adalah sujektif.

Kenapa hipokrit itu subjektif? Sebab bagi aku setiap orang mempunyai kafahaman 

yang berbeza untuk setiap individu mendefinisikan hipokrit itu sendiri . Secara 

keseluruhan apa yang kita tahu hipokrit itu adalah satu sifat kepura- puraan, tidak 

kisah sama ada individu itu hendak tunjuk kebaikannya atau nak mendapat 

perhatian  atau demi kepentingan orang lain. Kita tidak tahu alasan disebalik kenapa 

mereka ini bersikap hipokrit. Oleh sebab itu, pada pandangan aku hipokrit itu subjektif. 

Setiap daripada mereka ada alasan yang tersendiri untuk bersikp hipokrit, Mungkin 

mereka bersikap demikian untuk kepentingan orang lain dan mungkin untuk kepentingn 

sendiri dan mungkin juga mereka ni kurang kasih-sayang. Kalau difikirkan balik apa 

keuntungan yang kita dapat kalau kita bersikap hipokrit atau berpura pada diri sendiri/

orang lain? Cuba tanya pada diri kita sendiri, apa tujuan kita berpura-pura atau hipokrit 

adakah ianya satu kepuasan atau keseronokan?Kalaupun ianya satu keseronokan 

mungkin keseronokan jangka pendek ataupun its just a short term investment dan 

sampai bila keseronokan itu akan hadir, sampai bila kita nak hidup dalam kepura-puraan.

Hidup dalam kepura-puraan tidak akan selamanya bahagia. Menjadi diri sendiri adalah 

salah satu kunci kebahagian. Lantak dengan apa yang orang hendak kata tentang kita 

apa yang penting kita tunjuk apa yang sebenar tentang diri kita. Memang tidak dinafikan

kadang-kala kita perlu juga bersikap hipokrit untuk jaga hati orang lain tapi sampai bila

kita hendak jaga hati orang dan hati kita siap pula  hendak jaga? senang cerita hipokrit 

biar bertempat jangan sampai kita tipu diri kita sendiri selama-lamanya. Kita hanya 

manusia , kita tidak perfect tetapi kita boleh cuba untuk menjadi terbaik. Pilihan

di tangan kita, kita yang tentukan samada kita hendak hipokrit atau jujur dengan

diri sendiri dan juga orang lain. Tepuk dada tanya hati.