Sunday, April 10, 2011

SembangNovel: Beli jangan tak beli ok!

Salam guys!! okey hari ini aku nak membebel sikit pasal novel-novel yang aku beli bulan nie tapi disebabkan banyak sangat aku pilih satu yang mana aku rasa kawan-kawan semua patut beli and confirm tak bosan. Nampak tak gambo yang kat bawah tue?? nampak kan... tak kan x nmpak pulak kan dah sebesar boleh aku attach^^.Meh sini bace apa aku nak membebel pasal buku nie. Lepas dah bace suka hati korang la nak beli ke tak nak ok..lain orang lain citarasa maybe pada aku buku nie best giler tapi korang rasa best x giler pun ^^. check it out!!!!

credit to Google

Tajuk:Maid
Penulis: Suri Ryana
Publisher: KakiNovel
Harga:RM26

Sinopsis (berlakang buku):
Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandang,Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan.Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarbya Mr. F (fussy).
Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya,boleh pula mereka makan semeja.
Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa disatukan.Siapa punya angkara? asyraf? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?
Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu.Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu, Elisa-perempuan'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta Mr.F, Nurina-bekas kekasih Mr. F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr.F dan si petualang yang mengharu-birukan hidupnya.
Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini? 'kuali'? 'sudip'?

Okey dalam cerita Maid nie ada 4 orang hero and heroin kira masing2 ada pasangan masing2 la and seperti biase ada la beberapa watak2 antagonis (betul ke istilah nie..main belasah je berlagak nak guna bahasa sastera >_<). Cerita maid nie bagi aku best giler sebab cerita die lawak+tangkap shahdu+menyampah atau senang cerita macam-macam ada ^^. Jalan cerita yang menarik dan tidak membosankan.First2 bab dah gam aku terus nak baca bab2 seterusnya (first bab sangat penting untuk menarik aku untuk terus jelajah bab2 seterusnya ^^..kalau awal2 pun dah bosan..wassalam je la..TUTUP.).Banyak scene antara Noorul and Mr.F yang korang boleh gelak guling2 dan mesti korang ingat punya scene tue ^^ (lawak-lawak).Bila baca buku nie korang boleh jadi mental kejap, nak tau sebab apa??  kalau nak tau beli la buku nie ^_^v...okey lah cukup la aku membebel hari nie. Nanti free2 ada lagi beberapa novel yang nak suggest kan kawan-kawan semua ok!...adios...assalamualaikum ^^v


psstt..psstt...beli tau kawan2 jangan tak beli ok!!! tak bosan jangan risau...^^v