Wednesday, December 29, 2010

Ramblekosong: awesome!!!! make me smile everyday

credit to Google

salam guys..coming back!!!...it's quite long time i'm  not updating my blog

hahaha...anyway now back to routine ...i will try my best to update my blog 

everyday if possible...yeah i belief on me...eceh2...=)...actually  i had joined

the programmed called My Career My Future (MCMF) almost 2 week i guest

hehehe...that programmed is basically focus on how to developed soft skill and

prepared all the  fresh graduate for the interview..its quite fun and enjoyable

programmed. The most important that this programmed taught me a lot on my

confidence.We had karaoke session...group activities... role

play..games..cheers...  and it's not boring at all....trust me...eceh2...at the 

first i really not interested on this kind of programmed but now cant wait to go 

to the class...hahahha..like people always said..

" Tak kenal maka tak cinta"...now i fall in love with this programme...=) 

The best part was my classmate...hehehe..they are rock dude!!!! seriously 

awesome!!!! and funny tooooo....energetic...positive...=)... Actually the 

programmed was for 1 month... its quite short but a lot of thing that we can 

learned on that programmed anyway. 

So that all for today's ramble..=P...see ya!!!!!



gallery~






"Live as if you were to die tomorrow, Learn as if you were to live forever"
    
                                                                         ~Gandhi~




Sunday, December 12, 2010

Ramblekosong:This is for u guys



Selepas hampir 2 1/2 berhempas pulas nak dapatkan kita punyer degree, this song is for u guys...congaratulations frends!!!. Selamat menempuh dunia pekerjaan yang lebih mencabar,
so let's have fun !! ... =)


Wednesday, December 1, 2010

Jangan serik untuk berubah.

credit to Google

"Aku ingin berubah"
Satu kata-kata yang mungkin pernah terlintas didalam pemikiran kita semua. Tapi sejauh mana keinginan kita untuk berubah? Perubahan yang bagaimana yang kita ingin lakukan? Mungkin perubahan yang membawa kepada satu titik noktah. Mungkin juga ia perubahan yang bakal merubah segalanya dari tanpa arah ke satu arah.Satu angan yang agak sukar direalitikan jika tidak dibajai dengan benih kesabaran dan keikhlasan. Kadang-kadang pengaruh sekeliling juga boleh kita senaraikan sebagai musuh untuk kita berubah. Ada sahaja suara-suara sumbang yang memperlekehkan usaha diri untuk berubah. Paling penting, jangan pernah kenal erti putus asa untuk berubah.Walaupun ianya susah, tapi berubah itu bukan sesuatu yang mustahil untuk kita lakukan.

“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang 
  yang berusaha memperbaiki amalannya"
(Maksud ayat 128, surah Al-Nahl)

Betulkan niat

Perkara asas yang perlu diperkukuhkan ialah niat kita. Kerana setiap amalan kita bermula dengan niat. Dengan niat yang betul InsyaAllah usaha kita untuk berubah akan dipermudah dan diberkati oleh Allah s.w.t. Jadi sebelum kita ambil keputusan hendak berubah benda penting yang perlu kita Betulkan niat, Niat untuk berubah kerana Allah jangan disebabkan seseorang kita hendak berubah.Itu yang jadi separuh jalan. Berubah entah kemana kita entah kemana.


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: 
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Jangan serik 

Setiap perkara baik yang hendak dilakukan mesti ada sahaja yang membantutkan usaha itu. Mesti akan ada suara-suara sumbang yang cuba untuk memperlekehkan niat baik itu.  Kata-kata yang kurang membina ini salah satu faktor yang boleh menjatuhkan semangat. Memang benar dan sangat setuju dengan pepatah yang mengatakan "Lidah (kata-kata )lebih tajam daripada sebilah pedang" .Walaupun ianya lebih tajam daripada pedang jangan jadikan ia satu halangan yang besar tetapi sebaliknya jadikan ia satu cabaran yang kita harus sambut. Kerana untuk berubah  itu hak kita, bukan hak orang lain, hak mereka hanya bersuara tapi hak kita ialah untuk menjadikan perubahan itu satu realiti yang boleh membawa kita ke satu arah yang lurus.Oleh itu jangan serik untuk berubah.

 "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu hingga mereka 
  mengubah diri  mereka sendiri"

Penutup: Berubah itu tidak susah tapi perlu istiqamah

Kalau sebelum ini kita rasa hendak berubah itu susah, buang jauh-jauh perkataan susah itu. Sesuatu yang kita hendak buat perlu disusuli dengan kata-kata positif , positif menjadikan benda susah boleh jadi senang.Setiap perubahan yang dilakukan perlu berterusan jangan hangat-hangat tahi ayam,InsyaAllah segalanyan dipermudahkan. Yang paling penting jangan berubah kerana seseorang tapi berubah kerana Allah.Berhenti mengeluh dengan segala halangan yang datang kerana keluhan idak membawa apa-apa perubahan tapi ianya hanya keluhan semata-mata.Oleh itu segala perubahan yang hendak kita lakukan adalah  bermula daripada kita bukan daripada orang lain dan ianya akan berlaku dengan izin Alla s.w.t. Sama-samalah kita berazam untuk berubah.



Tuesday, November 30, 2010

RambleKosong:Cerita bongek kami


salam semua..
Sedang duduk-duduk sambil on9 facebook and blogwalking, tetiba teringat satu cerita bongek yang pernah terjadi kat aku setahun yang lepas. Cerita bongek ni cerita zaman belajar gaye macam dah lama sangat aku dah habis belajar setahun yang lepas kalau tak silap la.
Jalan cerita bongek tue memang aku simpan kemas kat dalam memory aku nie. Bila ingat balik cerita bongek tue satu persatu aku senyum...ketawa dan malu yang amat...
cerita bongek nie bukan cerita indah
cerita bongek nie bukan cerita lawak
cerita bongek nie bukan cerita hantu
cerita bongek nie cerita action plus thriller kot.
wlaupun action plus thriller pengakhirannya membuat aku nak ketawa guling-guling sambil menghentak kaki ke lantai akibat kelakar yang amat dan macam tak percaya benda macam tue berlaku kat AKU..aaaaa..cerita bongek yang memalukan aku...Eh jap2 apesal pulak aku malu sorang2 kan.. cerita nie bukan aku sorang je tau, cerita bongek nie membabitkan roomates aku jugak..mesti korang ketawa bace  entry nie..hahhaha  (^_____^ )  . Panjang betul mukadimah cerita bongek nie...hahaha...cerita bongek nie bermula dengan..

******************************************************************************* 
Setahun yang lepas...
Seperti yang aku ceritakan kat atas, cerita bongek nie cerita zaman aku belajar dan disebabkan kami pelajar bachelor jadi kami tidak diberi penginapan hostel maka tercampak lah kami ke taman yang haishhhhh.....
Ditambah lagi rumah yang kami sewa tue tak ada kemudahan internet dan kami masing-masing tak ada broadband pun..Maka nak dijadikan cerita rumah kawan kami nie ada  free wireless menjadi tempat persinggahan kami pada hujuang minggu dan dikala assignment menimbun. Pada hari kejadian, kami berpakat untuk lepak dekat rumah member kami tue, dah settle semua apa yang patut di settle kan kami pun balik jam time tue pukul 10 keatas..x sure sangat.. kami bejalan dengan penuh girang tapi sampai dipersimpangan jalan ada suara2 sumbang yang memecah sunyi malam kejadian tue:

suara sumbang: hai!! baru balik ke~~~~
kami : Haihhhh...xde keje la tue...
aku : baru balik mengaji
kami:

sampai satu jalan kecik, member aku yang kat depan berhenti , apahal pulak minah nie  oooo....kkkk......now. i know y....aaaaa...ada makhluk yang menyambut kami dekat lorong tue.arghhhh....semua sudah cuak2 ayam kat situ...panic2..panic..peluh-peluh dah  menitik laju...jantung dah macam nak terkeluar....baru first time berdepan dengan situai macam nie....arghhhhh...mana taknyer kalau makhluk tue macam nie tak pe lagi boleh shuhhhh2 lagi...


 tapi kalau dah macam nie...

memang panic beb!!! arghhhh...yang paling lawak ,mulut kata jangan lari tapi kaki dah lari pun...hahaha..jadi berlaku la aksi kejar mengejar antara kami dengan  makhluk atas nie....tetiba je rasa laju pulak ak lari dan yang  memalukan boleh tengah2 aci kejar tue boleh pulak selipar tercabut  dan tetinggal kat tengah jalan...aaaaa malunyerrr...yang tue xpe lagi...mamat2 suara sumbang (mss) yang tadi tue nampak kitorang main aci kejar dengan  makhluk kat ats nie..dan salah sorang dari mereka lalu kat tepi kami..aku pun bersuara lantang memanggil...

aku : dik...dik...< saje je panggil adik..hahaha>
mss: adik??

aku: boleh tak tolong amik selipar kat tengah tue...
mss: ingatkan dah habis dah kena ngan anjing
          tue
aku: thanks..boleh tak teman kitorang sampai kat lorong tue...?    
mss: ok2
aku: thanks

Sampai aje rumah, semua bantai gelak...lawak dapat, takut dapat,panic dapat..paling banyak dapat malu la...hahaha...sejak tue dah tak berapa berani nak keluar malam.Sebab takut makhluk sama tunggu jemput kami..hahahha. Tapi kadang2 terpaksa jugak kalau ada kelas malam atau test..masing2 bertawakal kat dalm hati.. (^______^)..

the end.

*******************************************************************************

Lawak bai lawak...hahahha...cerita bongek nie memang khas untuk roomates aku..cerita bongek yang kita buat dulu...(^___^) ...okey la stop kat sini dulu...banyak sangt membebel hari nie..

adiosssss..

Ramblekosong: Rutin aku sejak jadi penganggur terhormat

 salam semua..
Dah lama aku tak meng-update aku punyer blog nie, dah berhabuk pun. Kalau dulu tak update sebab tengah exam kononnyer, Tapi sekarang nie tak updated sebab dah terkena virus citer korea dan juga novel. Dah lama sebenarnya tak layan citer korea nie eceh2 konon2 je. Tapi serius memang dah lame tak buat kerja giler maraton citer korea sampai ke subuh then baru tidur itupun kalau mengantuk (^_____^) selalunyer tak mengantuk kalau bab2 korea nie..And now sejak menganggur nie dua benda nie je yang aku buat sepanjang hari duduk kat rumah...fuhhhh dasyat...sampai tak keluar bilik. keluar nak makan, nak solat n nak mandi then sambung balik...citer pulak best-best confirm-confirm la kerje dok menyambung satu citer ke satu citer..haishh aku rase kalua laptop aku tue boleh cakap confirm aku kena sedas dua nie.. tapi realitinyer my lappy memang tak boleh cakap (^__^)V.....
jom ushar jap citer korea apa yang best sangat tue :
  • My Girlfrend is gomiho 
          

cerite ni pasal percintaan antara gomiho ( fox) dengan manusia. Cerita agak lawak la time mula2 cerita then tengah2 dah mula sedih bila masing2 dah mula suka antara satu sama lain.Tapi dont worry coz citer nie happy ending so cepat2 cari citer nie ye..=).

  • Playful kiss


Citer nie ada banyak version. Ada version taiwan, korea dan jepun. Bagi aku korean version much better then the taiwan version. Citer nie memang lawak habis tapi jalan citer agak slow, tapi seronok untuk dilayan..=)

  • Prosecutor princess


citer yang sangat-sangat lawak.Korang akan  gelak dari start citer sampai ending korang akan gelak jugak...serius lawak tak tipu. so this one pun x rugi kalau nak tengok...=)


Itulah antara citer2 korea yang best giler untuk dilayan. Sebenarnya ada banyak lagi tapi buat masa nie lepak dulu, bancuh white coffee  buat roti bakar  layan dulu citer kat atas nie dulu then baryu ushar citer lain orait!

next entry aku akan kongsi novel2 terbaru yang aku rasa korang , hantu novel macam aku patut beli..(^___^)
orait !! adiossss........




Sunday, November 21, 2010

Sudah bersedia?

   

credit to Google

kahwin muda 

benar-benar sediakah kita?

ah..entry kahwin lagi...haishhh bukan aku yang nak kahwin.. tapi aku saje ikut 

tema, almaklum la sekarang ni musim orang mendirikan masjid.

Entry kali ni kahwin muda. Sekarang umur aku 23 tahun,kalau ikut zaman 

dolu-dolu 23 tahun n dah ada anak 2-3 orang dah. 

Haih.... itu cerita zaman dolu-dolu. 

Cerita sekarang macam mana?

Ada lagi ke yang kawin muda ni?

jawapannya ada.

dan sebagai bukti ramai kawan-kawan dan sepupu sepapat aku  yang sudah 

dan bakal menamatkan zaman kegemilangan mereka sebagai remaja bujang 

(ada ke istilah nie...hentam saje).

Alhamdulillah..jodoh sudah sampai dan sudah sampai seru..berkahwinlah

mereka. Isu umur bukanlah perkara yang besar sangat pun kalau hendak

dibandingkan dengan tanggungjawab yang bakal dipikul selepas seseorang 

itu bergelar seorang suami, seorang isteri, seorang ibu, seorang bapa dan 

sebagainya. Tidak salah untuk memilih berkahwin awal, bagus. 

sangat bagus sebab salah satu cara hendak menghindar diri  daripada 

membuat maksiat. 

Ala lagipun senang saje nak kahwin kan

Siapa kata kahwin itu susah? tak ada susah mana pun, Ada duit kahwinlah. 

nak tunggu apa lagi. Jumpa tok kadi akad nikah. selesai.

Haihh senangnya kan. Tapi betul ke sesenang itu? Sebelum kita ambil 

keputusan untuk berkahwin, pernah tak tanya pada diri sendiri,

sudah bersedia ke nak bentuk baitul muslim?

Sebab kita kahwin bukan untuk sehari dua, bukan juga untuk seminggu dua 

mahupun sebulan dua.Kita berkahwin untuk selama mana hayat dikandung 

badan. Apa-apa pun terserah pada diri sendiri. Kalau rasa diri sudah 

betul-betul bersedia. Teruskan niat baik itu kerana benda baik tidak elok kita 

tangguh-tangguhkan. Semoga niat itu diberkati oleh Allah s.w.t. amin.










Nota jemari: Selamat pengantin baru buat sahabat2 sepejuangan 

                  semua yang bakal berkahwin. Sorry kalau tak dapat nak hadir 

                  kenduri korang-korang semua...peace (^_^)V

Monday, November 15, 2010

Ramblekosong: cerita subuh hari


 
credit to Google 

Subuh yang dingin membelai-belai tubuh aku,

Azan subuh jelas kedengaran di cuping telinga aku,

Namun setan-setan mengganas mesra dimata aku,

Aku gagah melawan setan-setan yg leka bergayut mesra di mata aku,

Suara emak kedengaran sayup-sayup bagi didalam mimpi malam tadi,

Semakin lama semakin hampir,

Semakin lama semakin kuat,

BANGUN!!! sedas ditembak ketelinga aku,

Oh! bukan mimpi malam tadi tapi realiti subuh hari,

Aku bangun, duduk bersila dengan muka mamai,

Tidur yang lena harus aku lepaskan,

Mata terpejam rapat tapi kaki melangkah laju,

Sejuk dingin beku air mebelai mesra muka mamai aku,

Grrrr...geletar bibir mencerita akan dingin air subuh hari,

Mata segera terbuka luas seluas alam,

Perkara segera harus disegerakan,

Lafaz takbir segera memecah sunyi pagi hari,

Saat Allahhuakbar lafaz dipinggir bibir geletar,

Saki baki setan-setan mula lari pecut tidak toleh sekali,

oh! baru tahu akan kau si setan akan kuasanya kalimah ini,

tunduk akhir sujud subuh pembuka hari baru aku hari ini,

Semoga hari ini lebih baik dari semalam yang berlalu pergi.

Sunday, November 14, 2010

Gambar: My Buddies

best buddies =)
aweks cun..hehehe
housemate yang giler2 =)
Classmate yg baik2 belaka =)
great team =) ninja..wachaaaaaa!!!
smile...peace (^_^)V
Bowling time_money2...blink2
Classmate_dinner beramai2
kejor yop kejor...nice!!
da only jejaka2 Bacca...eceh2 =)
classmates_buhari =)

Friendships are the sunshines of life" 
and 
"Friendship needs no words"



Monday, November 8, 2010

ramblekosong: aku tension!!

credit to google...


aku duduk sendiri lagi,
duduk bukan besilang kaki tapi duduk penuh gaya,
bersahaja berfikir jauh,
memikir apa yang sedang dilalui,
oh bahang tension semakin hampir,
Rupanya final exam datang lagi,
Kali ni perjalanan lebih mencabar,
halangan yang perlu ditempuh juga bersilih ganti,
Gaya macam hendak pergi berperang,
Tapi  emak aku kata belajar itu juga satu jihad,
alhamdulillah dapat pahala jihad,
Tapi pahal dah lari bila hari asyik merungut itu, merungut ini,
ah, baru hendak gembira dengan pahala,
otak terus memikir apa yang aku lalui,
Semakin aku fikir semakin tension,
hati bersuara lantang,
jangan dilayan akan kehadiran tension itu,
nanti tidak terlawan akan ramah alam itu.
masih lagi berfikir tetapi,
duduk mula berubah arah,
bukan bersilang bukan bergaya,
duduk mengahadap yang Esa,
membaca surat-surat cinta dariNya.



"hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"


mana satu jadi pilihan


pilihan keluarga lebih baik atau pilihan sendiri?

soalan ini sering kali dipertikaikan dan sering diaju. ada orang kata pilihan keluarga lebih

bahagia, lebih kekal lama.Ada pula orang yang berpendapat pilihan hati lebih bahagia kerana

masing sudah kenal antara satu ama lain..  Masing-masing ada alasan tersendiri. Pendapat

masing-masing , tidak ada isu salah atau betul. 

Pernah dulu satu ketika, topic  ini menjadi isu perbincangan dalam kelas english aku.

Tujuan perbincangan itu bukanlah atas sebab apa-apa, hanya untuk menggalakkan pelajar

 untuk bersuara memberi pendapat. 

Pada ketika itu, bila ditanya mana satu pilihan aku, pilihan keluarga atau pilihan hati?.

jawapan aku pada masa itu  hanya satu, pilihan keluarga lebih baik, lebih bahagia.

Hanya pendapat yang tidak berapa serius pada aku. Mungkin pemikiran pada masa itu aku

limit kan ia. Mungkinlah.

Bagi aku bila family yang pilih =restu keluarga bawa kepada kebahagian. Tapi aku tak cakap

yang kawin pilihan hati itu tidak bahagia. Tidak sama sekali. 

Okey itu cerita dulu-dulu.

sekarang macam mana?

jika ditanya soalan yang sama pada aku pada hari ini, saat ini. aku tiada jawapan. Pendapat aku

dua-dua pun ada baik buruknya. Bagi aku kunci kepada kebahagian bukan pada siapa yang kita

kahwini tapi bagaimana kita mencorak kehidupan kita. diibaratkan seperti pelukis yang diberi

kanvas kosong yang melakar indah pada sehelai kertas putih lalu  menjadi sebuah cerita dan

cerita itu cerita kita. Cantik atau buruk bergantung pada pelukis itu sendiri. Macam tu juga dengan

kita bahagia atau tidak bergantung pada diri sendiri.


p/s: kesempatan ini aku nak ucapkan selamat penganti baru buat kawan-kawan aku yang
      bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ini. Semoga sabar dalam melayari
      dunia baru anda...hehe...cheesyyyyy plak...=)

Wednesday, October 27, 2010

jauh

 credit to Mr Google


Dalam dingin subuh,sunyi bisu
Bersendirian memandang kosong langit
Hitam pekat langit mendung 
Tiada peneman cahaya bintang
Dalam dingin sepi subuh ini 
Terlintas sejenak di sudut kecil hati
Persoalan yang tiada jawapan itu
Makin mesra menggasak jiwa
kenapa jadi begini
inikah yang diingini selama ini
dalam dekat mencari sinar
terasa semakin jauh
sungguh terasa jauh amat
 Masih diawang-awangan jawapan kepastian
ibarat layang putus talinya
salah siapa kalau semakin menjauh
Mungkin hati punya jawapan




Friday, October 22, 2010

Your soulmate

credit to Mr Google

"Jodoh pertemuan ditangan tuhan"

Orang kata kalau sudah jodoh, lari lah jauh mana akhirnya bertemu juga.

Sebab kita tahu jodoh pertemuanditangan tuhan kalau dah memang dia

memang dah ditentukan oleh Allah untuk kita datanglah banyak mana

halangan insyaAllah akan bersatu juga. Mungkin cepat atau lambat saje

yang menjadi persoalannya. Ada juga yang bercinta bagai nak rak tapi

pengakhirannya tidak seindah yang mereka harapkan.Kita hanya merancang

tapi Allah yang menetukan.Satu hakikat yang kita semua harus terima.

Rasulullah s.a.w bersabda : " Ketika ditiup ruh pada anak manusia tatkala ia 

masih didalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya rezekinya jodohnya 

dan celaka atau bahagianya diakhirat".

Semua sudah diatur. Semua sudah ditetapkan. Kita hanya perlu menadah

tangan berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan segala urusan kita,

jangan sombong.Seorang sahabat pernah berkongsi cerita

perihal cinta yang tidak berapa dipersetujui oleh bapanya kerana tidak

sesuai mungkin dari segi pendidikan dan itu pandangan dari kaca mata

seorang bapa. Ada betulnya, dan ini dari pandangan islam yang perlu kita

semua ingat, sekufu itu sangat penting dalam memilih pasangan.

Rasulullah bersabda: "Pilihlah olehmu keturunan kamu dan bernikahlah

kamu dengan orang yang sekufu" (hadith riwayat al-baihaqi).

Tapi jangan risau wahai sahabat selalu berdoa kepada Allah

semoga terbuka hati bapa itu dan terus berdoa jangan berhenti. kalau

memang sudah jodoh takkan kemana.Suka untuk aku mengingatkan

diri dan juga sahabat semua pada firman Allah iaitu :

Allah s.w.t berfirman, " perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan 

lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik 

untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik".

Itu janji Allah pada kita. Jadi apa lagi ditunggu persiapkan diri kita (aku juga) 

untuk menjadi yang terbaik supaya dapat bergandingan dengan yang terbaik  

seperti yang dijanjikan oleh Allah.  Bukan sahaja sebagai pasangan di dunia 

tapi pendamping di syurga .InsyaAllah. For the rest of our life.



















Wednesday, October 20, 2010

La tahzan

 DeviantArt by Andrea Reyes

La Tahzan jangan bersedih.

Tidak semua hari berlalu dengan gembira. 

Kita harapkan panas hingga ke petang rupa2nya hujan 

ditengah hari.  Ada masa kita punya perasaan sedih. 

Macam-macam punca atau sebab yang boleh membuatkan kita sedih. 

Mungkin kehilangan, kematian, pergaduhan, perselisihan faham, 

kegagalan umpatan dan sebagainya.

Rasa yang bukan kita amat alu-alukan.

Jangan dihalang biarkan sedih itu hadir. 

Ibn Qayyim pernah  berkata:

"Apapun tingkatan kesedihan itu hendaklah seseorang itu 

berada dijalan Allah s.w.t dan orang-orang yang cerdik

ialah yang tidak membiarkan kesedihan menguasai dirinya 

apalagi melumpuhkannya".

Rasa sedih membuat kita dekat dengan maha pencipta. 

Saat itu  terasa dekat amat pada Allah s.wt.

Firman Allah: 

"Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah berserta kita
( At-taubah: 40)

Jangan kita lupa pada Al-Quran  iaitu love letter from Allah. 

Kalam Allah yang tersusun indah itu  ubat untuk penyakit sedih.

Damai danTenang terasa amat.

Ini  cerita sedih hari ini.Tapi bagaimana pula esok? masih bersedih lagi? 

Firman Allah : 

" Sesungguhnya selepas setiap satu kesusahan ada kesenangan"




Tuesday, October 19, 2010

Bittaufiq wannajah


All the best in Final Exam to all my sisters and brothers

Do the best and never give up

Strive hard, pray harder, Dua' and tawakkal

remember Allah always with us

Perigi cari Timba

credit to Mr Google


Perigi cari timba atau Timba cari perigi? bagi aku kedua-duanya ada maksud tersendiri 

pada zaman dahulu. Istilah ini sering digunakan oleh orang dulu2 kerana mereka 

sangat2 berpengang pada adab2 berkawan antara lelaki dan perempuan. 

Bagi mereka biarlah sesuatu perhubungan itu bermula dengan lelaki ianya 

nampak  lebih manis berbanding jikalau perempuan yang memulakannya. 

Tetapi Itu cerita zaman dahulu . 

 Bagaimana pula dengan zaman sekarang?

Masih ada lagi ke orang menggunakan istilah-istilah sebegini.? 

mungkin ada sesetengah orang yang masih berpegang teguh pada istilah2 tersebut. 

Tetapi kalau ikutkan  arus pekembagan semasa, dunia sekarang sudah 

tiada lagi istilah perigi mencari timba atau timba mencari perigi. 

Bagi aku tidak salah untuk perempuan  yang

memulakan langkah dalam memulakan perhubungan kira macam  first mover la . 

Malu?... ok! aku terima mungkin ada sedikit perasaan  malu, tapi  itu memang sifat semulajadi 

perempuan kan tak begitu? kalau tengok lelaki zaman sekarang tak semua yang 

gentelman (jangan marah ye..bukan semua tapi segelintir..malu2 gajah gitu)  

so nak tunggu diorang buat move dulu? Memang tak la jawabnya.

jadi tak salah rasanya kalau kita yang memulakan tapi biar kena pada caranya. 

Jangan macam desperate sangat pulak gayanye.Maruah still kena jaga. 

Jadikan Rasulullah dan Siti Khadijah sebagai contoh. 

Jangan jadikan nafsu sebagai tapak kepada hubungan tetapi 

jadikan redha Allah sebagai asas hubungan.

Rasulullah s.a.w berpesan: 

" apabila datang kepada kamu orang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya 

 maka kahwinila ia. Jika tidak engkau perbuat  ( demikian ), akan terjadi fitnah di bumi 

dan kerosakan yang luas"  (Riwayat Tirmizi, Ibn Majah dan Al-Hakim).
 

Monday, October 18, 2010

berubah

video

bukan senang untuk berubah,
tetapi tiada yang mustahil kalau kita bersungguh-sungguh

Monday, October 11, 2010

opps! terjatuh sayang

Credit to Mr Google

"Ishhh menyampah la aku tengok muka mamat/minah tu...."

"eh tak ada muka lain ke aku nak tengok nie...asyik2 muka minah/mamat nie.".

"aku tak tau la kenapa aku benci giler tgk mamat/minah nie...."

Pernahkah menghadapi situasi seperti diatas?Orang dulu-dulu ada berpesan

kalau kita hendak benci pada seseorang itu biar berpada-pada takut2 terjatuh

sayang. Ramai orang mengakui akan kebenaran 

kata-kata itu.kebanyakkan orang ada  mengalami keadaan ini dimana 

\dahulunya dia amat benci pada seseorang tidak kisah sama ada yang

dibenci itu lelaki atau yang dibenci itu perempuan lama kelamaan perasaan itu 

bertukar jadi rindu dan sedikit demi sedikit  timbul perasaan sayang di 

hati.Kalau dahulu suka sangat menyakat, suka kata2, suka benci2 

tapi sekarang bila orang itu tiada depan mata, hati mula mengenang, mulut mula

menyebut2..rindu mula menapak.Percaya tak??..cuba sekali...baru 

tau...=)..jadi kalau nak benci orang berpada-pada jangan sampai satu hari
 
nanti makan tak kenyang.... 

tidur tak lena.... mandi tak basah...

opps!!! aku terjatuh sayang!!!















Friday, October 8, 2010

sikecil berlesung pipit

credit to Mr Google

si kecil berlesungpipit...
wajah mu selembut bicara...
senyummu seindah bulan
butir katamu halus amat..
tawamu penawar buat ayah
Rajukmu racun bagi siibu..
Permata indah harapan ini dipeluk erat...
Doa meiringi setiap langkah kecilmu...
kejayaan depan digenggam kemas...
semoga redha dan berkat Allah mengharum sikecil berlesung pipit...





 

              

Thursday, October 7, 2010

The Way I Loved You




He is sensible and so incredible
And all my single friends are jealous
He says everything I need to hear and it's like
I couldn't ask for anything better

He opens up my door and I get into his car
And he says, you look beautiful tonight
And I feel perfectly fine

But I've been screamin' and fightin'
And kissin' in the rain
And it's two a.m. and I'm cursin' your name
You're so in love that you act insane
And that's the way I loved you

Breakin' down and comin' undone
It's a roller-coaster kinda rush
And I never knew I could feel that much
And that's the way I loved you

He respects my space and never makes me wait
And he calls exactly when he says he will
He's close to my mother
Talks business with my father
He's charming and endearing, and I'm comfortable

But I've been screamin' and fightin'
And kissin' in the rain
And it's two a.m. and I'm cursin' your name
You're so in love that you act insane
And that's the way I loved you

Breakin' down and comin' undone
It's a roller-coaster kinda rush
And I never knew I could feel that much
And that's the way I loved you

He can't see the smile I'm fakin'
And my heart's not breakin'
'Cause I'm not feelin' anything at all

And you were wild and crazy
Just so frustrating, intoxicating, complicated
Got away by some mistake and now

I'll be screamin' and fightin'
And kissin' in the rain
It's two a.m. and I'm cursin' your name
I'm so in love that I acted insane
And that's the way I loved you

Breakin' down and comin' undone
It's a roller-coaster kinda rush
And I never knew I could feel that much
And that's the way I loved you

And that's the way I loved you
I never knew I could feel that much
And that's the way I loved you

Wednesday, October 6, 2010

Perhubungan jarak jauh (PJJ)

credit to MsCrys_DeviantArt

Long distance love atau hubungan cinta jarak jauh. Pasangan bercinta yang

terpisah antara benua, negara ataupun negeri berkorban untuk mengejar cita

dan impian.Satu perasaan yang susah untuk ditafsirkan. Kadang-kadang  its

killing inside. Tetapi semakin ramai pasangan sekarang yang berani mencuba

percintaan jarak jauh ini berikutan perkembangan teknologi yang semakin

canggih. Dengan adanya skype, YM, Facebook dan sebagainya, ramai yang

berpendapat bahawa mereka masih dapat berhubung dan berkomunikasi 

dengan pasangan masing-masing. Tapi adakah dengan berhubung 24h/7  

cukup untuk kita memelihara hubungan jarak jauh ini? Mungkin ada sesetengah

daripada kita setuju, tapi sebenarnya kekuatan sesuatu hubungan jarak jauh

itu bukan terletak berapa keprap kita berhubung dengan pasangan kita tetapi 

sejauh mana kita percaya pada pasangan kita sendiri.Kalau pasangan itu ada 

rasa tanggungjawab dan kepercayaan yang sangat dalam, hubungan itu

mungkin dapat berkekalan. Tapi kalau sebaliknya memang wassalam la 

jawapnya. Tapi ia bukan sesuatu yang mudah untuk kita bina kepercayaan.

Sedangkan depan mata pun tak percaya inikan pula pasangan kita duduk jauh

daripada kita. Oleh sebab itu ramai yang  bersetuju bahawa  memelihara 

hubungan cinta jarak jauh ini sebenarnya lebih susah daripada hubungan cinta 

biasa. Tapi kadang-kadang percintaan jarak jauh ini ada baiknya juga, ia 

sebenarnya boleh membuatkan pasangan lebih menghargai satu sama lain

mana tidaknyadulu kalau jumpa kalau tak bertekak tidak sah. Tapi bila dah

jauh terkenang-kenang.Apa-apa pun yang paling penting untuk Long distance

love ini adalah based on trust. So kalau rasa-rasa hendak mencuba hubungan

jarak jauh, make sure kepercayaan antara satu sama lain sudah betul-betul

kukuh. Kalau tak lupakan sahaja cari sahaja yang depan mata. 

Layan jom lagu "Long Distance" by Bruno Mars........

video