Posts

Showing posts from November, 2010

RambleKosong:Cerita bongek kami

Image
salam semua.. Sedang duduk-duduk sambil on9 facebook and blogwalking, tetiba teringat satu cerita bongek yang pernah terjadi kat aku setahun yang lepas. Cerita bongek ni cerita zaman belajar gaye macam dah lama sangat aku dah habis belajar setahun yang lepas kalau tak silap la. Jalan cerita bongek tue memang aku simpan kemas kat dalam memory aku nie. Bila ingat balik cerita bongek tue satu persatu aku senyum...ketawa dan malu yang amat... cerita bongek nie bukan cerita indah cerita bongek nie bukan cerita lawak cerita bongek nie bukan cerita hantu cerita bongek nie cerita action plus thriller kot. wlaupun action plus thriller pengakhirannya membuat aku nak ketawa guling-guling sambil menghentak kaki ke lantai akibat kelakar yang amat dan macam tak percaya benda macam tue berlaku kat AKU..aaaaa..cerita bongek yang memalukan aku...Eh jap2 apesal pulak aku malu sorang2 kan.. cerita nie bukan aku sorang je tau, cerita bongek nie membabitkan roomates aku jugak.. mesti korang ketawa

Ramblekosong: Rutin aku sejak jadi penganggur terhormat

Image
 salam semua.. Dah lama aku tak meng-update aku punyer blog nie, dah berhabuk pun. Kalau dulu tak update sebab tengah exam kononnyer, Tapi sekarang nie tak updated sebab dah terkena virus citer korea dan juga novel. Dah lama sebenarnya tak layan citer korea nie eceh2 konon2 je . Tapi serius memang dah lame tak buat kerja giler maraton citer korea sampai ke subuh then baru tidur itupun kalau mengantuk (^_____^) selalunyer tak mengantuk kalau bab2 korea nie. .And now sejak menganggur nie dua benda nie je yang aku buat sepanjang hari duduk kat rumah...fuhhhh dasyat...sampai tak keluar bilik. keluar nak makan, nak solat n nak mandi then sambung balik...citer pulak best-best confirm-confirm la kerje dok menyambung satu citer ke satu citer..haishh aku rase kalua laptop aku tue boleh cakap confirm aku kena sedas dua nie.. tapi realitinyer my lappy memang tak boleh cakap (^__^)V..... jom ushar jap citer korea apa yang best sangat tue : My Girlfrend is gomiho             cerite ni pasal p

Sudah bersedia?

Image
    credit to Google kahwin muda  benar-benar sediakah kita? ah..entry kahwin lagi...haishhh bukan aku yang nak kahwin.. tapi aku saje ikut  tema, almaklum la sekarang ni musim orang mendirikan masjid. Entry kali ni kahwin muda. Sekarang umur aku 23 tahun,kalau ikut zaman  dolu-dolu 23 tahun n dah ada anak 2-3 orang dah.  Haih.... itu cerita zaman dolu-dolu.  Cerita sekarang macam mana? Ada lagi ke yang kawin muda ni? jawapannya ada. dan sebagai bukti ramai kawan-kawan dan sepupu sepapat aku  yang sudah  dan bakal menamatkan zaman kegemilangan mereka sebagai remaja bujang  (ada ke istilah nie...hentam saje). Alhamdulillah..jodoh sudah sampai dan sudah sampai seru..berkahwinlah mereka. Isu umur bukanlah perkara yang besar sangat pun kalau hendak dibandingkan dengan tanggungjawab yang bakal dipikul selepas seseorang  itu bergelar seorang suami, seorang isteri, seorang ibu, seorang bapa dan  sebagainya. Tidak salah untuk memilih berkahwin awal, bagus.  sangat bagus se

Ramblekosong: cerita subuh hari

Image
  credit to Google  Subuh yang dingin membelai-belai tubuh aku, Azan subuh jelas kedengaran di cuping telinga aku, Namun setan-setan mengganas mesra dimata aku, Aku gagah melawan setan-setan yg leka bergayut mesra di mata aku, Suara emak kedengaran sayup-sayup bagi didalam mimpi malam tadi, Semakin lama semakin hampir, Semakin lama semakin kuat, BANGUN!!! sedas ditembak ketelinga aku, Oh! bukan mimpi malam tadi tapi realiti subuh hari, Aku bangun, duduk bersila dengan muka mamai, Tidur yang lena harus aku lepaskan, Mata terpejam rapat tapi kaki melangkah laju, Sejuk dingin beku air mebelai mesra muka mamai aku, Grrrr...geletar bibir mencerita akan dingin air subuh hari, Mata segera terbuka luas seluas alam, Perkara segera harus disegerakan, Lafaz takbir segera memecah sunyi pagi hari, Saat Allahhuakbar lafaz dipinggir bibir geletar, Saki baki setan-setan mula lari pecut tidak toleh sekali, oh! baru tahu akan kau si setan akan kuasanya kalimah ini, tunduk akhir suj

Gambar: My Buddies

Image
best buddies =) aweks cun..hehehe housemate yang giler2 =) Classmate yg baik2 belaka =) great team =) ninja..wachaaaaaa!!! smile...peace (^_^)V Bowling time_money2...blink2 Classmate_dinner beramai2 kejor yop kejor...nice!! da only jejaka2 Bacca...eceh2 =) classmates_buhari =) Friendships are the sunshines of life"  and   "Friendship needs no words"

ramblekosong: aku tension!!

Image
credit to google... aku duduk sendiri lagi, duduk bukan besilang kaki tapi duduk penuh gaya, bersahaja berfikir jauh, memikir apa yang sedang dilalui, oh bahang tension semakin hampir, Rupanya final exam datang lagi, Kali ni perjalanan lebih mencabar, halangan yang perlu ditempuh juga bersilih ganti, Gaya macam hendak pergi berperang, Tapi  emak aku kata belajar itu juga satu jihad, alhamdulillah dapat pahala jihad, Tapi pahal dah lari bila hari asyik merungut itu, merungut ini, ah, baru hendak gembira dengan pahala, otak terus memikir apa yang aku lalui, Semakin aku fikir semakin tension, hati bersuara lantang, jangan dilayan akan kehadiran tension itu, nanti tidak terlawan akan ramah alam itu. masih lagi berfikir tetapi, duduk mula berubah arah, bukan bersilang bukan bergaya, duduk mengahadap yang Esa, membaca surat-surat cinta dariNya. "hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"

mana satu jadi pilihan

Image
pilihan keluarga lebih baik atau pilihan sendiri? soalan ini sering kali dipertikaikan dan sering diaju. ada orang kata pilihan keluarga lebih bahagia, lebih kekal lama.Ada pula orang yang berpendapat pilihan hati lebih bahagia kerana masing sudah kenal antara satu ama lain..  Masing-masing ada alasan tersendiri. Pendapat masing-masing , tidak ada isu salah atau betul.  Pernah dulu satu ketika, topic  ini menjadi isu perbincangan dalam kelas english aku. Tujuan perbincangan itu bukanlah atas sebab apa-apa, hanya untuk menggalakkan pelajar  untuk bersuara memberi pendapat.  Pada ketika itu, bila ditanya mana satu pilihan aku, pilihan keluarga atau pilihan hati?. jawapan aku pada masa itu  hanya satu, pilihan keluarga lebih baik, lebih bahagia. Hanya pendapat yang tidak berapa serius pada aku. Mungkin pemikiran pada masa itu aku limit kan ia. Mungkinlah. Bagi aku bila family yang pilih =restu keluarga bawa kepada kebahagian. Tapi aku tak cakap yang kawin pilihan hati itu ti

Talking To The Moon