Monday, May 2, 2011

Cerita sebuah perjalanan

credit to google

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; 

"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah saw?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". 

H.R. Abu Daud 

Manusia hidup didunia hanya sementara ibarat musafir yang datang singgah untuk

mencedok seberapa banyak ilmu,pengalaman dan sebagainya untuk dibawa sebagai 

bekalan untuk mencari destinasi yang hakiki.Namun dalam kaki kuat melangkah 

adakalanya tersungkur rebah dikaki bumi,adakala diri leka dengan kemeriahan sementara 

dan adakala diri tertipu dengan lakonan dunia.Itulah hakikat manusia yang telah diberi 

nafas dan peluang untuk bermusafir didunia pinjaman Allah s.w.t.Dalam kesibukan 

merantau di dunia yang meriah ini,kita seakan lupa hakikat sebuah perjalanan ini hanya 

catatan atau peluang sementara yang telah diberi peluang oleh pemilik dunia ini. Kita lupa! 

sungguh memang kita lupa!. Tetapi bagi pemilik dunia ini, terus memerhati apakah rencana 

yang bakal dicoret oleh si penyinggah-penyinggah  dunia ini.Bagi yang masih sedar  

kesempatan pantas diambil untuk mencari erti hidup didunia sementara dan mereka-mereka 

yang menjadi hamba kepada dunia  terus melangkah jauh meninggal pemilik asal dunia ini 

dan menjadikan dunia titik noktah destinasi mereka.Meskipun kadang langkah kita rapuh, 

jangan sesekali lupa bahawa hidup ini hanya pinjaman letak itu sebagai teras untuk terus 

mengembara diatas dunia yang penuh tipu helah ini, kerana itu hanya ujian yang diberikan 

oleh pemilik dunia iaitu Allah s.w.t untuk menguji tahap kesetiaan kita sebagai hambanya 

yang merantau dalam mencari erti hidup yang hakiki.

Baginda s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." 
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).