Sunday, January 15, 2012

Cinta dan Air mata

Credit to Google

Perasaan yang tidak pernah  diundang tetapi takdir telah mengundang nya untuk 

menguji sekeping hati. Sakit, pedih mahupun kecewa hanya si empunya hati

yang merasa.Walaupun ianya pahit untuk ditelan cuba menelannya dengan 

perlahan-lahan dengan harapan pahitnya akan hilang sedikit demi sedikit.

Biarkan masa yang memaniskan kembali pahit yang telah ditelan itu.Hidup 

harus diteruskan, jangan berputus harap hanya disebabkan sekali kita 

kecewa  dan jangan sesekali benci akan persaan cinta itu, keranacinta itu 

fitrah manusia  jangan membunuh perasaan itu biarkan ia hadir kepada insan yang 

selayak untuk cinta suci itu.Soal cinta ialah soal hati dan sangat berkait rapat 

dengan soal jodoh dan bila disebut soal jodoh semua rahsia Allah, kita 

sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan. 

Sekarang kita kecewa mungkin itu bukan jodoh yang terbaik untuk kita 

mungkin juga kita ditemukan oleh orang yang salah sebelum kita ditemukan

dengan jodoh yang telah ditetapkan sejak azali lagi. 

Cerita cinta sedih  yang berlaku itu sebuah kenangan yang lepas, jangan

terus hidup dalam kenangan dan kita harus berpijak pada bumi yang nyata.

Hidup dalam kenangan  tidak akan kemana-mana kita perlu beri peluang  dan 

ruang kepada hati untuk cuba mencari pengganti yang mampu merawatnya. Bercinta 

itu satu risiko, pelbagai kemungkinan yang kita  bakal hadapi dalam menapak menuju

tangga bahagia dan seringkali bertemankan air mata, samaada air mata 

kekecewaan atau kegembiraan, hanya Dia yang mengetahui.


Thursday, January 5, 2012

Buat SI Penyinggah

Wahai Si Penyinggah,

Hidup ini ibarat kapal yang belayar

Belayar ke sana ke mari mencari pelabuhan untuk berteduh

Begitu lah kehidupan kita didunia ini

Berkelana dibumi luas ini untuk berteduh cuma

Tetapi kita lupa, kita hanya penyinggah


Wahai Si Penyinggah,

Kita si penyinggah yang lupa diri

Lupa dek keseronokan yang sementara itu

Kita semakin leka sehingga kita diuji

Amaran dari pencipta yang satu

Saat itu baru tersedar dari ilusi yang dicipta


Wahai Si Penyinggah,

Masih belum terlambat untuk kita kembali

Beruntung sedar sebelum tiada kesempatan

Peluang diambil jangan bertangguh

Mungkin ia peluang terakhir

Terakhir kalinya sebagai si penyinggah

Sebelum melangkah kesana yang kekal abadi


Published with Blogger-droid v2.0.1