Saturday, July 31, 2010

Mencapap or famous bersebab

Korang rasa korang famous tak?
Famous kat sini bukanlah famous atau terkenal macam artis tu. Famous yang aku maksudkan kat sini is
something like korang lalu je eorang mesti nak tengok atau bila dah tengok tu mesti tak lepas pandang....atau
something like sebut nama aje,orang mesti cakap......
"ooo budak tue...eh mesti la kenal..siapalah tak kenal dia"
Korang nak tau tak, sebenarnyer ada kategori jugak untuk orang-orang yang famous ni. Tapi ini just apa
yang aku nampak aje ( suka tengok orang  nie la hasilnya). 

Sape budak-budak yang famous tu
Budak-budak yang aku rase diorang  mesti  famous dalam universiti or course or class :

Twins @ kembar (seiras)


tak kisah kalau korang tu twins perempuan
 atau



twins lelaki

korang mesti jadi tumpuan orang ramai tambah lagi kalau korang memang twins yang sangat cantik dan hensem.Bila jalan je mesti orang nak pandang. Nak tau kenapa diorang semua suka pandang? sebab diorang nak kepastian yang diorang tak mimpi ..ye la muka sama giler.. siapa tak teruja kan


Banyak mulut = Talkative



semua orang ada banyak idea nak cakap..huh!

Kalau korang banyak mulut sah orang semua kenal korang. Banyak mulut atau terlebih peramah nie, memang orang senang berkawan dan orang semua akan notice yang korang memang wujud kata tempat tue. then, Kalau dalam kelas confirm pensyarah semua kenal. Asal jumpe orang je nak tegur...haish...haish...patutla famous ...orang semua kenal.Tapi  ingat kadang2 kalau terlebih peramah nie buat orang rasa menyampah pulak. so peramah biarlah bertempat!!..

Otak geliga





Budak yang bijak bistari nie selalu nyer famous dikalangan lecturer2. Kalau sebut je name cnfirm semua lecturer kenal. Mana tak kenal, semua subject korang aje jadi top scorer. Even korong nie seorang yang sangat senyap (selalunyer buda pandai tak banyak cakap, nanti ilmu keluar) korang tetap dikenali dengan kepandaian korang. =)





P palang S : semua nie just apa yang aku dapt dari my observation. nothing serius just for fun..

Monday, July 26, 2010

ST 12 - Jangan Pernah Berubah

Bertudung sebab trend atau tuntutan agama



Bertudung itu satu trend atau sebab tuntutan agama?

Persoalan ini selalu sahaja bermain diminda saya sejak kebelakangan ini. Walaupun telah diberi peringatan oleh Allah didalam Al-Quran, masih berani umat islam akhir zaman ini tidak pandang serius perihal peringatan Allah itu. Tidak takutkah kita dengan kemurkaan Allah?

Firman Allah Surah An-nur ayat 31 " Dan katakanlah pada perempuan beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan  perhiasannya (auratnya)  kecuali yang biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudungnya kedada, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka dan para perempuan (sesama islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki( tua) yang tiada keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung"


Kenapa kamu bertudung?

Kenapa kamu bertudung? adakah sebab tuntutan agama atau hanya mengikut trend semata-mata atau mak abah yang suruh?

Tepuk dada tanya hati. tanya iman

Ramai remaja muslim sekarang yang pakai  tudung sebab mak abah yang suruh.
kalau tak pakai, mak abah marah.

Kalau Allah yang marah?


Habis kalau mak abah tak nampak boleh lah bukak tudung ? 

Bukan menindas apa lagi menghina tapi inilah realiti yang terjadi pada anak-anak muda muslim zaman sekarang depan mak abah bukan main baik, bertudung litup, berpakain sopan, bak kata pepatah pijak semut pun tak mati.

Belakang mak abah, tudung sudah terbang, pergaulan lelaki perempuan sudah tiada batas, sembahyang pun dah tak cukup.

sedih hati mak abah dengan  perlakuan anak-anak kesayangan mereka.


Semoga kita dijauhi dengan perkara-perkara sedemikian. Amin.


Nila setitik rosak susu sebelanga

" ala yang bertudung pun sama naik buat maksiat"

"bukan nya baik sangat pun"

Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga, disebabkan sorang yang buat semua kena tempiasnya.
 Memang tak  dapat dinafikan , ada segelintir yang bertudung itu buat maksiat, tinggal sembahyang, tak jaga pergaulan lelaki perempuan.

Dan ada juga yang tidak bertudung itu jauh lebih baik daripada si tudung litup. Akhlak nya lebih baik, sembahyang nya terjaga.

Tapi siapalah kita untuk menentukan siapa yang baik siapa yang tidak baik. Itu urusan diri sendiri dengan Allah. Biarlah Allah yang menentukan. Sesungguhnya yang baik itu hanya dimata Allah.

Yang paling penting peringatan jangan diambil sambil lewa, kerana azab yang menanti adalah amat dahsyat  dan perit sekali. Sesungguhnya tiada yang benar melainkan kata-kata Allah.s.w.t.

Sungguh azab Allah s.w.t. amat pedih dan dahsyat!!!


Azab Allah  pada mereka

Antara azab Allah kepada wanita yang melanggar  peringatan dan larangan Allah ialah:
  • Wanita yang membuka rambut kepalanya selain kepada suaminya, rambutnya akan digantung diatas
  • api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya.
  • Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi akan digantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantunganya
  • Betis dan paha yang gebu itu,bersiap sedialah untuk dipanggang, pedihnya hanya Allah yang tahu.

Peringatan sudah diberikan!!! tepuk dada tanya hati.


Rasulullah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan  Abu Hurairah, yang bermaksud :

Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah saya lihat kedua-duanya itu (1) kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai  buat memukul orang ( penguasa yang kejam), (2) perempuan-perempuan ynag berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kearah maksiat, rambut sebesar punuk unta. Mereka tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak akan mencium  bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh demikian dan demikian


Kesimpulan: Indah sungguh
 

Indah sungguh seseorang wanita itu apabila bertudung, yang manis bertambah manis , yang ayu bertambah ayu. Yang paling penting wanita itu sentiasa indah dimata Allah.s.w.t. Tapi kita  harus ingat bertudung bukan maksud aurat lain tidak diberatkan. Bilamana sebut pasal aurat , semua sekali harus dijaga, bukan sahaja rambut, pakaian  dan tingkah laku juga  harus dijaga.  Barulah kena dengan identiti  kita sebagai wanita muslim.Semoga kita semua dibawah lindungan Allah.s.w.t dan dijauhi dengan muslihat duniawi.

Sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.

Sunday, July 18, 2010

Cemburu dalam islam



 

"Cemburu kan tandanya sayang".

Ramai yang menjadikan ayat itu sebagai satu dasar untuk menunjukkan sayang pada pasangan kita. Kenapa mesti dikaitkan cemburu dengan sayang ??

Padahal cemburu itu sendiri secara terang-terangan melambangkan sesuatu yang negatif sedangkan sayang itu sendiri sudah jelas menunjukkan sesuatu yang positive dan sesuatu yang sangat indah.

Tapi bagi saya skop cemburu ni sangat luas. Ada yang cemburu secara rasional atau positif dan ada juga cemburu yang belunaskan emosi semata-mata.

Memang tidak dinafikan selagi mana kita berkasih sayang ,selagi itulah sifat cemburu  akan sentiasa menjadi tetamu di hati, sama ada kita sedar atau tidak.


Dalam sebuah Hadith disebutkan, bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda :


" Ada jenis cemburu yang dicintai Allah s.w.t, ada pula yang dibenci-Nya,Yang disukai,iaitu cemburu tatkala ada sangkaan atau tuduhan, sedangkan yang dibenci, iaitu adalah tidak dilandasi keraguan."


Cemburu Pertama

Dari dulu lagi sifat cemburu telah lama berada di dalam hati manusia, ini  jelas dibuktikan dengan kisah pembunuhan pertama dalam sejarah manusia iaitu kisah 2 putera Nabi Adam Habil dan Qabil. Pembunuhan  ini berpunca daripada sifat cemburu Qabil terhadap Habil yang akan dinikahkan dengan Iqlima (kembar Qabil ) yang jauh lebih cantik darilabuda (kembar Habil). Kisah ini telah diceritakan didalam alquran dalam suarah "Al-Maidah ayat 27-37.

cemburu yang paling hebat yang pernah berlaku ialah diantara Syaitan dengan Nabi Adam a.s. Dimana syaitan laknatullah telah  dibuang oleh Allah dari syurga kerana keangkurannya untuk sujud dihadpan Nabi Adam a.s. Syaitan laknatullah cemburu dengan penghormatan yang telah diberikan oleh Allah terhadap Nabi Adam a.s.

Dasyat sungguh sifat cemburu!!


Perlu ada cemburu

kadang-kadang sifat cemburu itu perlu juga ada dalam diri pasangan kita. semua berhak untuk berasa cemburu dan dicemburui.

seperti disebut dalam Hadith, bahawa Saad bin Ubadah Radhiyallahu 'anhu berkata:

" sekiranya aku melihat sorang laki-laki bersama dengan isteriku, niscaya akan kutebas ia dengan pedang." Ucapan itu aakhirnya sampai kepada Rasulullah. Lalu beliau bersabda ," apakah kalian merasa heran terhadap kecemburuan Saad? Demi Allah, aku lebih cemburu daripadanya, dan Allah lebih cemburu daripadaku"

Cemburu itu perlu ada untuk membela orang yang dicintai dan membela agar jangan sampai ada orang lain yang juga mencintai orang yang dicintai kita.

Tetapi harus kita ingat, kita perlu kendalikannya denga sebaik mungkin untuk mengelakkan dari cemburu buta yang berlunaskan emosi semata-mata.


Lelaki ke wanita

 Siapa yang kuat cemburu?  lelaki ke wanita ?

Masing-masing mempunyai sifat cemburu tersendiri, tetapi  apa yang membezakan mereka adalah tahap kecemburuan mereka terhadap pasangan masing-masing.

Ada sesetengah pendapat mengatakan lelaki lebih kuat cemburu berbanding wanita.

Bagi saya dua-dua pun kuat cemburu.

Betul atau tidak tepuk dada bukan tanya selera, tapi tanya hati.


Kesimpulan : Cemburu dalam islam

Walaupun hakikatnya setiap pasangan itu tidak dapat lari dari sifat cemburu itu, cuba lah berusaha untuk hindari sifat cemburu yang berlebihan yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.

Gantilah kecemburuan yang dibenarkan dalam agama iaitu kecemburuan yang bijak dan tidak membabi-buta.

Sesungguhnya itulah kecemburuan yang dicintai Allah, yang tidak mendatangkan keburukan kepada semua lapisan masyarakat.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra. berkata:

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah itu cemburu dan orang yang beriman juga cemburu, kecemburuan Allah, iaitu jika orang mukmin melakukan  apa yang diharamkan.

Friday, July 16, 2010

Tangisan keinsafan


 
Terkapar-kapar aku dihanyut arus keseronokan dunia,
Dunia yang penuh tipu muslihat,
 kegelapan hati membuat aku keliru,
keliru  akan diri sendiri,
kejahilan terus bersarang didalam jiwa 
Aku tersungkur dimedan dunia
Aku terus diselimuti kegelapan dunia,
   
Berkelana terus aku dibumi tuhan
Mencari jawapan disetiap kekeliruan
Bayangan silam terasa menyesak jiwa 
Aku tangisi kesilapan dahulu
Aku kesali kealpaan dahulu
Bantulah hambamu ini
tiada yang ku pinta
Hanya mengharap sebuah keampunan
Ya Allah ya tuhanku,
Doa dititip penuh keinsafan
lahir dari  sekeping hati yang resah



Nurul Majdah Abu Bakar

Monday, July 12, 2010

untuk kamu


i'll alway be beside you, 
until the very end,
wiping all da tears away, 
being your best friend,
i'will smile when you smile
& fell all the pain you do,
& if you cry a single tear,
i'will promise i'will cry too.



Buat sahabat ku hapuskanlah rasa sedihmu itu, buangkan ianya jauh sejauhnya kerana kamu masih ada aku  yang selalu ada untuk kamu.

Friday, July 9, 2010

For The Rest Of My Life

  
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart

Angan-angan Mat Jenin New Version??

just a dream by deinha1974_deviantART

Siapa tak pernah berangan??  angkat tangan cepat!!....aish tipu kan, tak kan lah tak pernah berangan walau sekali pun aku sure mesti semua orang pernah berangan. Sebenarnya, bagi aku  tak salah pun kalau nak berangan. Setuju tak???Aku pun kuat berangan jugak nie, yang berangan satu hal  ,berangan  yang pelik2 pulak tu..aish tue la aku...So buat apa nak malu, teruskan aje mood berangan anda, bukan kena bayar pun free aje. Kenapa???..takut orang dok gelak dan depa akan cakap " eh hang nie macam Mat Jenin la, suka dok berangan''. ada aku kisah ke??...aku yang berangan diorang pulak dok kalut kan..Tapi agak2 lah kalau kot iapun dok minat kat Mat Jenin janganlah jadi klon dia pulak cukup satu aje ok!!! dan kisah tue hanya jenaka  zaman dolu2 yang ada moral story disebaliknya. Kenapa bukan Mat Jenin?? sebabnya Mat Jenin tu suka berangan kosong = angan-angan yang sekadar angan2 aje tanpa ada usaha untuk jadikan angan2 dia tue jadi realiti. Tak kan aku dengan korang nak jadi macam tu pulak. so kalau kita nak berangan sekalipun biarlah cerdik sikit. macam formula kat bawah nie. abrulah orang tak samakan kita dengan Mat Jenin.

ANGAN-ANGAN+ USAHA=REALITI

 tak mustahil satu hari nanti angan-angan luar biasa kita yang dulu orang dok gelak akan jadi realiti pulak. hah time tue baru ternganga orang tu tengok kat kita. tapi itupun kalau kena cara nyer. so teruskan berangan ye, sebab nie bukan sebarang berangan ini berangan yang berhemah!




(^_^)V P.E.A.C.E



Monday, July 5, 2010

Berakhirnya.....

 finally aku dah sampai balik segamat yang best ini ( best ke tak jalan la sini). Cerita pasal segamat ni, sebenarnya aku study dekat sini, da hampir 2 tahun  ak kat sini dah banyak kenangan aku dekat segamat ni. kalau nak cerita memang tak habis. tempoh 2 tahun memang sangat sekejap, betul memang sangat sekejap dan sekarang aku dah sampai final sem pun. kalau dulu asyik merungut ini susah , itu susah, tapi akhirnya sampai juga aku. mood belajar belum sampai lagi, maklum la dah lama sangat duduk dekat rumah. Penyakit M tu masih tebal lagi ni. ish..ish..pe la nak jadi kan..pada 'mood belajar' sila la datang dengan cepat ye jangan la pergi jauh2. Tapi apa -apa pun untuk final sem ini, ada mood ke tak ada mood ke study tetap dan kena kerja keras , keras dari biasa ye la dah nama pun final sem memang sure subjek2 semua mencabar otak punya. sebelum jadi apa2 baik bersedia dari awal kan..kan..kan. semoga semuanya berjalan dengan lancar. amin.









Nurul Majdah Abu Bakar