Posts

Showing posts from September, 2016

Trip santai Berembun & Telapak Buruk (Part 2)

Image
Assalamualaikum uolls May peace be upon you! Credit to Google Meh sambung balik citer trip santai Berembun & Telapak Buruk. Last post aku ada bagitahu yang kitorang kena bayar RM30 sorang untuk permit dan lori kan. So nie nak habak mai pasai apa. Trip santai kami start dari puncak Telapak Buruk menuju ke air craft crashed area dan turun terus ke Puncak Berembun. Kami bergerak dari tempat berkumpul iaitu Masjid Pantai jam 7.30 pagi dan menuju ke loji rawatan air pantai. Perjalanan dari masjid pantai ke loji mengambil masa dalam 45 minit (lebih kurang tak ingat sangat tapi tak jauh sangat dari masjid). Kitorang park kereta kat sana dan kat situ dah ada lori yang akan bawak kitorang ke puncak Gunung Telapak Buruk. Trip kali ini bertemakan daypack trip  dan sebagai langkah keselamatan, team leader dah bagi senarai nama jemaah yang menyertai trip ini ke balai polis dan juga kem tentera yang akan kita jumpa di puncak Telapak Buruk nanti. Bermula la perjalanan trip santai kami

Trip santai Berembun & Telapak Buruk (Part 1)

Image
Assalamualaikum uolls! May peace be upon you... Credit to Google " The Best View Comes After The Hardest Climb" Tajuk macam santai habis kan..tapi Meh nak cerita sikit trip santai Berembun & Telapak Buruk. Moh kita jalan tengok santai tak santai! Lokasi: Gunung Berembun & Gunung              Telapak Buruk, Jelebu N9 Height: G.Berembun ( 3326 feet/1014               Meter)               G.Telapak Buruk (3913feet/               1193 Meter) Date : 10 Sept 2016 (sabtu) Bil Jemaah : 33 Orang Trip ini merupakan hiking trip pertama selepas beberapa tahun tidak merabak kan kaki untuk memanjat dan berjalan di dalam hutan. Setakat bukit-bukit tue pernah je tapi kalau gunung ganang ni last aku memanjat tahun 2012 iaitu Gunung Datuk. So Trip kali ni aku follow member aku which is kaki hiking tegar la, memang habis gunung ganang & bukit bukau dia layan. Since aku tak ada plan minggu tue so ak pun join la trip santai ni. Before aku join trip

Rezeki Saya..Rezeki Awak..Rezeki Kita

Image
Assalamualaikum.... May peace be upon you... Credit to Google *Hakikat Rezeki* Ada orang, Rezeki dia dapat kahwin awal dan dapat menjalani rutin harian seperti keluarga yang lain. Ada orang, Rezeki dia ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis. Ada orang, Rezeki dia ada anak-anak yang baik dan taat lagi kuat agama. Ada orang, Rezeki dia dapat solat di masjid setiap waktu. Ada orang, Rezeki dia cukup makan pakai setiap hari dengan baik. Ada orang, Rezeki dia dapat mengembara ke sana sini mencari pengalaman. Ada orang, Rezeki dia dikurniakan perniagaan yang maju dan bertambah2 maju. Ada orang, Rezeki dia dapat terus belajar sampai tahap yang tertinggi. Ada orang, Rezeki dia mudah belajar, baca dan hafal Al-Quran. Ada orang, Rezeki dia ahli keluarga dia masih ada di sisi menemani. Ada orang, Rezeki dia ada rumah yang selesa didiami. Hakikatnya, Allah menjadikan kita semua kaya dengan rezeki yang tersendiri