Thursday, April 5, 2012

Suka Saya Benci Saya



Dear me..

Dalam dunia ini ada bermacam-macam orang yang kita akan jumpa

Kadang-kadang kita suka dengan orang yang kita jumpa itu

Tetapi Kadang-kadang kita tidak suka, kita benci, kita menyampah dengan orang itu

Itu cerita tentang perasaan ,cerita tentang hati yang susah untuk kita kawal

Tetapi adakah kita punya hak untuk membenci seseorang

Dia juga manusia biasa seperti kita yang punya kekurangan dalam diri

Kita juga tidak sempurna mana, jadi apa hak kita untuk menilai kesempurnaan

seseorang itu.Tanggungjawab diri dia sendiri untuk memperbaiki kekurangan

sedikit demi sedikit. Kita yang ada disekeliling perlu juga ada rasa tanggungjawab

 untuk tegur tetapi harus kena pada caranya. Pernah tidak kita terpikir dalam sibuk

 kita membenci orang, tidak mustahil ada juga orang disekeliling kita yang turut ada

 perasaan benci atau perasaan tidak suka dengan kita.Ketika itu kita akan rasa

perasaan orang yang pernah kita tidak suka atau kita benci suatu ketika dahulu.

Pilihan ada ditangan masing-masing sama ada ingin menanam perasaan benci

atau mencambah benih kasih sayang dalam hati. Tepuk dada tanya iman.


 Yang ikhlas,
 -Heart-


p/s: Stop complaining about others, we are not perfect though! - Reminder for me =)


 
      




Stranger or family

Stranger who is the one we avoid most..

We not trust them because they are not our family..

We not even know them..

But are we know our family very well??

How strong our relationship with our family?

It is closed enough for us to share everything?

Sometimes stranger like a family..

Sometimes family like a stranger..

But still the answer is in our hand..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 3, 2012

Jangan putus asa

credit to Google

" Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu bukanlah akhlak muslim. ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok"
                                                                                                                         ~Imam Hasan Albanna~

Hidup ini ibarat roda. Kadang-kadang kita keatas, kadang-kadang kita kebawah. Setiap manusia dimuka bumi ini pasti diuji.Jangan mengeluh! jangan berputus asa! tetapi bersyukur kerana Allah masih sayangkan kita kerana itu kita diuji.Cuba untuk berfikiran positif. Terima segala masalah yang datang  dengan fikiran yang lebih terbuka dan tenang. Setiap apa yang menimpa kita pasti ada hikmah disebaliknya. Jangan cepat sangat berputus asa.

Tetapi apa yang berlaku pada sekarang, kita terlalu cepat berputus asa dan mudah mengikut perasaan daripada bertindak secara rasional. Oleh itu timbul la masalah gejala-gejala yang kurang sihat. Paling menyedihkan apabila ada juga yang mengambil  jalan singkat dengan membunuh diri! nauzubillah minzalik  mohon kita dijauhkan daripada berpikiran singkat sebegitu. Ada juga yang menjadikan arak teman setia dikala diri dihimpit masalah dan ketika  hati berduka lara.  Adakah dengan berbuat demikian, masalah  akan selesai?  Adakah itu penyelesai yang bijak?. Jawapannya satu, Itu adalah penyelesaian yang paling merugikan malah berdosa lagi!. Apa yang mahu dijawab diakhirat nanti! tepuk dada tanya iman.

Oleh itu, apa yang kita perlu buat selalu ingatkan diri, setiap apa yang berlaku walau sekecil zarah pun pasti ada hikmahnya. Cepat atau lambat itu urusan Allah dan sebab Allah sayangkan kitalah, kita diuji.Kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang mungkin juga kerana kita terleka sebentar dengan keseronokan dunia , jadi Allah s.w.t tidak mahu kita terlalu leka, dia sedarkan kita dengan menguji  kita dengan pelbagai ujian. Paling penting, jangan lari daripada masalah tetapi berdepan denganya, cari punca dan jalan penyelesaian dengan keadaan tenang jangan cari jalan singkat sebagai penyelesaian.Kalau kita rasa kita punya masalah besar ada ramai lagi di luar sana yang ada masalah yang lebih besar dan selalu tanam dalam hati  macam mana susah pun jangan lupa kita selalu ada Dia yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah. selalu berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dimuka bumi ini dan perlihara hati kita agar tidak lalai dari mengingati-Nya.

~Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati akan berasa tenang~


                                                                             ~Ar-Raad -28~

~






Reminder!

Manusia tidak ada yang sempurna..

Manusia tidak akan sempurna..

Kita perlukan peringatan untuk diri dan memperingatkan orang sekeliling

agar tidak terlalu hanyut dan leka dengan kemewahan dan keseronokan dunia.


Published with Blogger-droid v2.0.4