Jangan sombong!
Credit to Google Sombong untuk apa? adakah dengan bersikap sombong seseorang itu menikmati kepuasan hidup dan adakah itu nikmat hidup yang dicari selama ini ? tepuk dada tanya hati. Memang tidak dinafikan manusia memang sering kali dikaitkan dengan sifat kealpaan, tetapi jangan pula kita ambil kesempatan dengan kelemahan yang kita ada itu untuk dijadikan tiket untuk kita sering terlupa dengan tanggungjawab yang telah diberi sepanjang kita berkelana di bumi Allah s.w.t ini. Malangnya,ramai antara kita telah pun lupa dan mula bersikap sombong seolah-olah apa yang dimiliki itu kekal untuk selama-lamanya.Kita mungkin ingat bahawa apa yan...