Monday, June 14, 2010

Hold My Hand


I hear the flower’s kinda crying loud
The breeze’s sound in sad
Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight
Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought
Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you
Children seem like they’ve lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore , heartbreaking crying sounds
And we’re still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it’s a daily basic affair
Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought
Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you
No matter how far I might be
I’m always gonne be your neighbor
There’s only one small planet where to be
So I’m always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbors
You’re neighbor, my neighbor
We’re neighbors
So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you 




BICARAKU SI TUBUH KECIL

Bicaraku si Tubuh Kecil


Dikala kegelapan malam itu hadir,
Aku dibiarkan bersendirian tanpa teman,
Hanya dibaluti sehelai kain yang putih,
Bukan dihiasi pakaian  comel yang berwarna-warni,
Hanya siulan unggas dan angin malam peneman sepi,
Bukan suara merdu si ibu menjadi peneman,
Malam semakin gelap,
Aku takut wahai ibu,
Aku cuba berbicara,
Aku  lapar wahai ibu,
Aku cuba berbicara,
Si semut mula menyapa ramah tubuh kecilku,
Aku sakit wahai ibu,
Adakah ibu faham,
Aku cuba berbicara,
Sayang, ibu tidak pernah faham bicara hatiku,
Hanya tangisan memecah kesepian malam,
Tangisan ketakutan,
Tangisan kesakitan,
Tangisan kedinginan,
Aku ingin juga bertahan,
Tetapi mampukah aku?
Tubuhku sudah lemah,
Semakin lemah dan terus lemah,
Telah tiba pengakhiran yang memilukan,
Bicaraku terus bisu,
Tangisanku terus sepi,
Hanya sekujur tubuh terbaring kaku,
Tubuh kecilku yang tidak bernyawa lagi.



Nurul Majdah  Abu Bakar

lesen oh lesen


Bila la aku nak dapat benda alah  nie. Semua member aku dah ada kot, aku aje yang baru terhegeh2 nak amik benda alah nie sekarang.asal la susah sangat nak dapat lesen ni. Dua minggu yang lepas aku da amik test JPJ tapi keputusan amat mendukacitakan aku. aku fail test JPJ. kalau fail satu tak pe gak tapi dua2 ye (ish malunyer) . Aku pun tak faham knape aku boleh fail time blajar semua cantik. Tapi bila hari yang test tue semua benda tak kena, baik parking sekali dengan jalan raya semua bungkus.. hish geram pulak. Padahal time blajar dengan cikgu kena puji bagai siap jadi student harapan lagitu (eceh riak pulak_). mungkin aku gelabah kot, ye la dengan orang dok perhatikan aku dan aku pulak dok tengok orang fail je, tengok kan dah berjangkit tapi ini belum masuk bab  En JPJ lagi. citer bab En JPJ lagi ber-tambah2 kegelabahan aku , jantung dah dup..dap..dup..dap...dah macam lari pecut , oarng yang dok sebelah pun boleh rase agaknyer. Mungkin bukan rezeki aku untuk hari test tue adalah tu hikmah disebalik ke-fail-an aku..
so untuk test yg ]  ke2 kali , aku berdoa harap2 dapat  la En JPJ  yang sporting dan tak de benda yang senang,,bersabar je la.


firman Allah s.w.t :

    " sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar"
                                                       
                                                             (al-baqarah : 153)




Haish macam mana la nak kurangkan kegelabahan aku bila jumpa si En JPJ tue ye?? (-_-')






pesanan nabi untuk umat akhir zaman

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah ra. berkata : Telah manasihati kami oleh Rasulullah s.a.w. akan satu nasihat yang menggentarkan hati kami dan kami menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata : Ya Rasullullah ! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda : Aku berwasiat akan kamu supaya bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekali pun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisiahan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Al- Rasyidin Al Mahyidin (Khalifah-khalifah yang mengetahu kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah pekara-pekara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat"


Penerangan Hadis:

Hadis di atas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah s.a.w kepada umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan seperti zaman yang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis ini, iaitu :

Pertama : Hendaklah ia melazimi taqwa kepada Allah dalam apa jua keadaan dan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua : Mentaati pemerintah yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang kepada Al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah-sunnah khulafa Al-Rasyidin kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Jika pemerintah itu merendah-rendah martabat al-Quran dan al-Hadith i.e menolak hukum Allah, hendaklah menjauhi pemerintah ini dan hendaklah digantikan dengan yang bertaqwa.

Ketiga : Perpegang teguh kepada sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah para khulafa Al-Rasyidin Al-Mahdiyin (Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala.

Keempat : Menjauhi pekara-pekara "bidaah dolalah," iaitu apa juga fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tiada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asas atau dalil, maka tiadalah pekara-pekara yang baharu itu dikatakan bidaah menurut pengertian syarak (bukan bidaah dolalah) tetapi hanya dinamakan bidaah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (iaitu bidaah hasanah).

wallahu a'alam.
Riwayat: Abu Daud dan Tarmizi

sumber
http://www.e-ulama.org/Hadis/Default.asp?mode=0&ID=55