Posts

Showing posts from November 8, 2010

ramblekosong: aku tension!!

Image
credit to google... aku duduk sendiri lagi, duduk bukan besilang kaki tapi duduk penuh gaya, bersahaja berfikir jauh, memikir apa yang sedang dilalui, oh bahang tension semakin hampir, Rupanya final exam datang lagi, Kali ni perjalanan lebih mencabar, halangan yang perlu ditempuh juga bersilih ganti, Gaya macam hendak pergi berperang, Tapi  emak aku kata belajar itu juga satu jihad, alhamdulillah dapat pahala jihad, Tapi pahal dah lari bila hari asyik merungut itu, merungut ini, ah, baru hendak gembira dengan pahala, otak terus memikir apa yang aku lalui, Semakin aku fikir semakin tension, hati bersuara lantang, jangan dilayan akan kehadiran tension itu, nanti tidak terlawan akan ramah alam itu. masih lagi berfikir tetapi, duduk mula berubah arah, bukan bersilang bukan bergaya, duduk mengahadap yang Esa, membaca surat-surat cinta dariNya. "hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"

mana satu jadi pilihan

Image
pilihan keluarga lebih baik atau pilihan sendiri? soalan ini sering kali dipertikaikan dan sering diaju. ada orang kata pilihan keluarga lebih bahagia, lebih kekal lama.Ada pula orang yang berpendapat pilihan hati lebih bahagia kerana masing sudah kenal antara satu ama lain..  Masing-masing ada alasan tersendiri. Pendapat masing-masing , tidak ada isu salah atau betul.  Pernah dulu satu ketika, topic  ini menjadi isu perbincangan dalam kelas english aku. Tujuan perbincangan itu bukanlah atas sebab apa-apa, hanya untuk menggalakkan pelajar  untuk bersuara memberi pendapat.  Pada ketika itu, bila ditanya mana satu pilihan aku, pilihan keluarga atau pilihan hati?. jawapan aku pada masa itu  hanya satu, pilihan keluarga lebih baik, lebih bahagia. Hanya pendapat yang tidak berapa serius pada aku. Mungkin pemikiran pada masa itu aku limit kan ia. Mungkinlah. Bagi aku bila family yang pilih =restu keluarga bawa ...