kenangan yang dulu itu

Bila kenangan dulu menjelma kembali,
aku teringat  'kita' yang kekadang bermasam muka ,
aku teringat  'kita' yang duka nestapa bersama ,
aku teringat 'kita' yang ketawa riang bagai tiada masalah,
aku teringat saat 'kita' makan bersama, berkongsi pinggan,
saat itu biar aku berlapar tetapi jangan kamu berlapar,
sungguh itu yang aku rasa, mungkin ukhuwah kita kuat,
tetapi sekarang,
dimana kita yang dahulunya amat rapat sekali?
sudah hilang dimakan zaman  atau dahulu itu hanya satu babak drama?
drama sebabak yang akan hilang sedikit demi sedikit.
aku mencari dan terus mencari 'kita' yang hilang,
tidak juga aku temui,
aku menangis kekesalan,
kenapalah tidak dijaga 'kita' itu,
nah sekarang 'kita' itu dah hilang,
meninggalkan aku  keseorangan,
Ya Allah aku mohon padamu ,
kembalikn 'kita' yang dulu itu,
kembalikan perasaan 'kita' itu
kerana aku  sangat merinduinya,
sungguh, aku tak tipu.
kepada 'kita' yang hilang,
hadirlah kembali,
kerana itu yang aku ada.




Nurul Majdah Abu Bakar

Comments

Cempaka said…
nice one! :)
suka suka.
xira ixora said…
saya pernah alami keadaan ini..
sgt saket perasaan ketika ini..
tp kali kedua sllunya takkan sama seperti kali pertama 'kita' rapat.. :)
Nurul Majdah said…
xira~yg pertama itu indah...:)

Popular posts from this blog

Cemburu dalam islam

Trip santai Berembun & Telapak Buruk (Part 2)

Saya suka awak dan awak suka saya tapi....