Jangan sombong!

                                                                  Credit to Google
Sombong untuk apa? adakah dengan bersikap sombong seseorang itu menikmati kepuasan hidup dan adakah itu nikmat hidup yang dicari selama ini ? tepuk dada tanya hati. Memang tidak dinafikan manusia memang sering kali dikaitkan dengan sifat kealpaan, tetapi jangan pula kita ambil kesempatan dengan kelemahan yang  kita ada itu untuk dijadikan tiket untuk kita sering terlupa dengan tanggungjawab yang telah diberi sepanjang kita berkelana di bumi Allah s.w.t ini.

Malangnya,ramai antara kita telah pun lupa dan mula bersikap sombong seolah-olah apa yang dimiliki itu kekal untuk selama-lamanya.Kita mungkin ingat bahawa apa yang kita perolehi sepanjang berada di dunia ini hanya pinjaman dan bila-bila masa sahaja boleh hilang dengan izin-Nya. Tetapi hanya kerana sedikit kesenangan yang dikecapi hati mula goyah dan diri mula sombong dah tidak mahu bersyukur.

“Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada sifat sombong sekalipun hanya sebesar debu.” Seorang sahabat bertanya, “Sesungguhnya ada seeorang yang suka pakaian dan kasutnya yang cantik.” Kemudian baginda bersabda lagi yang bermaksud, “Sesungguhnya ALLAH SWT itu indah dan suka kepada keindahan. Sombong itu menolak yang hak dan menghina orang lain.” [Hadith Riwayat Muslim]

Jika hari ini kita sombong dengan kemewahan yang kita perolehi tidak mustahil esok kita akan papa kedana, jika hari ini kita sombong dengan kecantikan paras rupa tidak mustahil esok kita akan kurang cantik, dan jika hari ini kita sombong dengan pangkat juga kedudukan tidak mustahil esok akanhilang begitu sahaja.Oleh itu, kita kena sentiasa ingat akan segala kemungkinan yang akan berlaku pada kita dan sentiasa bersyukur dengan nikmat sementara yang dikurnia itu.Jangan jadi manusia yang mementingkan diri dan sombong, apabila diuji baru teringat untuk sujud dan berdoa memohon bantuan tetapi apabila senang kita lupa pula cara untuk sujud kepada-Nya, itulah manusia yang paling sombong dan hipokrit!

Marilah kita bersama-sama berfikir sejenak, layakkah untuk kita bersikap sombong dengan Allah s.w.t, padahal kita telah diberi bumi untuk kita menetap, kita diberi udara untuk kita hidup dan yang paling penting kita telah dikurniakan akal fikiran untuk kita menilai kembali kewarasan setiap tindakan yang kita lakukan. Siapa lah kita untuk terus bersikap sombong dan tidak mahu bersyukur, kita kosong tanpa nikmat-Nya.

“Orang yang zhalim dan sombong akan dihimpunkan pada hari kiamat dalam keadaan menyerupai semut. Manusia menginjak-injak mereka kerana kehinaan diri mereka di hadapan ALLAH SWT.” [Riwayat al-Tirmiziy]



 p/s: peringatan buat kita semua (terutama diri sendiri)semoga kita dijauhi dari sifat sombong.




Comments

Popular posts from this blog

Cemburu dalam islam

Trip santai Berembun & Telapak Buruk (Part 2)

Saya suka awak dan awak suka saya tapi....