Jangan putus asa
credit to Google
" Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu bukanlah akhlak muslim. ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok"
~Imam Hasan Albanna~
Hidup ini ibarat roda. Kadang-kadang kita keatas, kadang-kadang kita kebawah. Setiap manusia dimuka bumi ini pasti diuji.Jangan mengeluh! jangan berputus asa! tetapi bersyukur kerana Allah masih sayangkan kita kerana itu kita diuji.Cuba untuk berfikiran positif. Terima segala masalah yang datang dengan fikiran yang lebih terbuka dan tenang. Setiap apa yang menimpa kita pasti ada hikmah disebaliknya. Jangan cepat sangat berputus asa.
Tetapi apa yang berlaku pada sekarang, kita terlalu cepat berputus asa dan mudah mengikut perasaan daripada bertindak secara rasional. Oleh itu timbul la masalah gejala-gejala yang kurang sihat. Paling menyedihkan apabila ada juga yang mengambil jalan singkat dengan membunuh diri! nauzubillah minzalik mohon kita dijauhkan daripada berpikiran singkat sebegitu. Ada juga yang menjadikan arak teman setia dikala diri dihimpit masalah dan ketika hati berduka lara. Adakah dengan berbuat demikian, masalah akan selesai? Adakah itu penyelesai yang bijak?. Jawapannya satu, Itu adalah penyelesaian yang paling merugikan malah berdosa lagi!. Apa yang mahu dijawab diakhirat nanti! tepuk dada tanya iman.
Oleh itu, apa yang kita perlu buat selalu ingatkan diri, setiap apa yang berlaku walau sekecil zarah pun pasti ada hikmahnya. Cepat atau lambat itu urusan Allah dan sebab Allah sayangkan kitalah, kita diuji.Kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang mungkin juga kerana kita terleka sebentar dengan keseronokan dunia , jadi Allah s.w.t tidak mahu kita terlalu leka, dia sedarkan kita dengan menguji kita dengan pelbagai ujian. Paling penting, jangan lari daripada masalah tetapi berdepan denganya, cari punca dan jalan penyelesaian dengan keadaan tenang jangan cari jalan singkat sebagai penyelesaian.Kalau kita rasa kita punya masalah besar ada ramai lagi di luar sana yang ada masalah yang lebih besar dan selalu tanam dalam hati macam mana susah pun jangan lupa kita selalu ada Dia yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah. selalu berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dimuka bumi ini dan perlihara hati kita agar tidak lalai dari mengingati-Nya.
~Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati akan berasa tenang~
~Ar-Raad -28~

~
Comments