ada apa pada K.A.W.A.N
![]() |
credit to EN. Google |
semua orang kat dalam dunia nia mesti ada definisi kawan yang tersendiri kan..
dan aku percaya kita semua memerlukan kawan..geng..member..untuk kita berhubung dan berkongsi
cerita...gossip...nasihat......dan kata2 pendorong...
Mungkin kawan tu satu universiti...mungkin juga geng2 motor ...member kamcing ke...
kawan zaman kanak-kanak ataupun member untuk kita lepak2...
Tapi bila sebut kawan...mesti bersama susah dan senang...mesti ada bersama kemana sahaja
.bla..bla..bla..... tak kisah la
mungkin itu definisi kawan bagi korang...
aku tak tau la kalau korang perasan atau tak....
sebenarnya kawan memainkan peranan penting untuk membentuk diri kita untuk kearah yang macam mana..
tambah-tambah zaman sekarang....anak2 muda...remaja2 kita yang banyak menghabiskan masa diorang
dengan kawan2 berbanding dengan keluarga masing-masing...
sebab tue lah kawan banyak mempengaruhi arah tuju kita...salah pilih ke longkang la jawapnya...
Orang pernah cakap...
kawan itu cermin kita...
jadi kalau nak tengok macam mane kite ...tengok lah kawan kita...( orang yang cakap bukan aku)...itu yang
timbul istilah geng sekepala
pengajarannya, kita kalau nak pilih kawan kena bijak juga jangan main rembat je sesapa saje...
Walau apa pun definisi kawan yang ada dalam kepala korang sekarang ni...
bagi aku kawan tu satu hubungan yang suci ...
sangat indah kalau kita bajainya dengan kasih-sayang....
yang paling penting..
sirami ia dengan restu ilahi....
bagi aku kawan tue....
macam bulan dan bintang..
saling memerlukan antara satu sama lain..
macam anjing dengan kucing...
pantang jumpe mesti nak bercakau mesra..
macam cincin berlian dengan wanita
sentiasa bersama walau kemana sahaja....
macam ombak dan pantai...
setia menanti....
Comments