Jangan bersedih wahai hati...
SURAH AL-INSYIRAH
.
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَ ك
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَك
Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kemudahan,
kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَبْ
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Kalau rasa sedih atau susah hati...cuba baca surah nie (surah untuk memujuk)...insyaAllah hati akan tenang....dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan perjalananku dan juga sahabat2ku.......
Comments