Your soulmate

credit to Mr Google

"Jodoh pertemuan ditangan tuhan"

Orang kata kalau sudah jodoh, lari lah jauh mana akhirnya bertemu juga.

Sebab kita tahu jodoh pertemuanditangan tuhan kalau dah memang dia

memang dah ditentukan oleh Allah untuk kita datanglah banyak mana

halangan insyaAllah akan bersatu juga. Mungkin cepat atau lambat saje

yang menjadi persoalannya. Ada juga yang bercinta bagai nak rak tapi

pengakhirannya tidak seindah yang mereka harapkan.Kita hanya merancang

tapi Allah yang menetukan.Satu hakikat yang kita semua harus terima.

Rasulullah s.a.w bersabda : " Ketika ditiup ruh pada anak manusia tatkala ia 

masih didalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya rezekinya jodohnya 

dan celaka atau bahagianya diakhirat".

Semua sudah diatur. Semua sudah ditetapkan. Kita hanya perlu menadah

tangan berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan segala urusan kita,

jangan sombong.Seorang sahabat pernah berkongsi cerita

perihal cinta yang tidak berapa dipersetujui oleh bapanya kerana tidak

sesuai mungkin dari segi pendidikan dan itu pandangan dari kaca mata

seorang bapa. Ada betulnya, dan ini dari pandangan islam yang perlu kita

semua ingat, sekufu itu sangat penting dalam memilih pasangan.

Rasulullah bersabda: "Pilihlah olehmu keturunan kamu dan bernikahlah

kamu dengan orang yang sekufu" (hadith riwayat al-baihaqi).

Tapi jangan risau wahai sahabat selalu berdoa kepada Allah

semoga terbuka hati bapa itu dan terus berdoa jangan berhenti. kalau

memang sudah jodoh takkan kemana.Suka untuk aku mengingatkan

diri dan juga sahabat semua pada firman Allah iaitu :

Allah s.w.t berfirman, " perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan 

lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik 

untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik".

Itu janji Allah pada kita. Jadi apa lagi ditunggu persiapkan diri kita (aku juga) 

untuk menjadi yang terbaik supaya dapat bergandingan dengan yang terbaik  

seperti yang dijanjikan oleh Allah.  Bukan sahaja sebagai pasangan di dunia 

tapi pendamping di syurga .InsyaAllah. For the rest of our life.



















Comments

Popular posts from this blog

Memberi cahaya

Saya suka awak dan awak suka saya tapi....

Cemburu dalam islam