Sudah bersedia?

   

credit to Google

kahwin muda 

benar-benar sediakah kita?

ah..entry kahwin lagi...haishhh bukan aku yang nak kahwin.. tapi aku saje ikut 

tema, almaklum la sekarang ni musim orang mendirikan masjid.

Entry kali ni kahwin muda. Sekarang umur aku 23 tahun,kalau ikut zaman 

dolu-dolu 23 tahun n dah ada anak 2-3 orang dah. 

Haih.... itu cerita zaman dolu-dolu. 

Cerita sekarang macam mana?

Ada lagi ke yang kawin muda ni?

jawapannya ada.

dan sebagai bukti ramai kawan-kawan dan sepupu sepapat aku  yang sudah 

dan bakal menamatkan zaman kegemilangan mereka sebagai remaja bujang 

(ada ke istilah nie...hentam saje).

Alhamdulillah..jodoh sudah sampai dan sudah sampai seru..berkahwinlah

mereka. Isu umur bukanlah perkara yang besar sangat pun kalau hendak

dibandingkan dengan tanggungjawab yang bakal dipikul selepas seseorang 

itu bergelar seorang suami, seorang isteri, seorang ibu, seorang bapa dan 

sebagainya. Tidak salah untuk memilih berkahwin awal, bagus. 

sangat bagus sebab salah satu cara hendak menghindar diri  daripada 

membuat maksiat. 

Ala lagipun senang saje nak kahwin kan

Siapa kata kahwin itu susah? tak ada susah mana pun, Ada duit kahwinlah. 

nak tunggu apa lagi. Jumpa tok kadi akad nikah. selesai.

Haihh senangnya kan. Tapi betul ke sesenang itu? Sebelum kita ambil 

keputusan untuk berkahwin, pernah tak tanya pada diri sendiri,

sudah bersedia ke nak bentuk baitul muslim?

Sebab kita kahwin bukan untuk sehari dua, bukan juga untuk seminggu dua 

mahupun sebulan dua.Kita berkahwin untuk selama mana hayat dikandung 

badan. Apa-apa pun terserah pada diri sendiri. Kalau rasa diri sudah 

betul-betul bersedia. Teruskan niat baik itu kerana benda baik tidak elok kita 

tangguh-tangguhkan. Semoga niat itu diberkati oleh Allah s.w.t. amin.










Nota jemari: Selamat pengantin baru buat sahabat2 sepejuangan 

                  semua yang bakal berkahwin. Sorry kalau tak dapat nak hadir 

                  kenduri korang-korang semua...peace (^_^)V

Comments

Popular posts from this blog

Memberi cahaya

Saya suka awak dan awak suka saya tapi....

Cemburu dalam islam