Jangan serik untuk berubah.

credit to Google

"Aku ingin berubah"
Satu kata-kata yang mungkin pernah terlintas didalam pemikiran kita semua. Tapi sejauh mana keinginan kita untuk berubah? Perubahan yang bagaimana yang kita ingin lakukan? Mungkin perubahan yang membawa kepada satu titik noktah. Mungkin juga ia perubahan yang bakal merubah segalanya dari tanpa arah ke satu arah.Satu angan yang agak sukar direalitikan jika tidak dibajai dengan benih kesabaran dan keikhlasan. Kadang-kadang pengaruh sekeliling juga boleh kita senaraikan sebagai musuh untuk kita berubah. Ada sahaja suara-suara sumbang yang memperlekehkan usaha diri untuk berubah. Paling penting, jangan pernah kenal erti putus asa untuk berubah.Walaupun ianya susah, tapi berubah itu bukan sesuatu yang mustahil untuk kita lakukan.

“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang 
  yang berusaha memperbaiki amalannya"
(Maksud ayat 128, surah Al-Nahl)

Betulkan niat

Perkara asas yang perlu diperkukuhkan ialah niat kita. Kerana setiap amalan kita bermula dengan niat. Dengan niat yang betul InsyaAllah usaha kita untuk berubah akan dipermudah dan diberkati oleh Allah s.w.t. Jadi sebelum kita ambil keputusan hendak berubah benda penting yang perlu kita Betulkan niat, Niat untuk berubah kerana Allah jangan disebabkan seseorang kita hendak berubah.Itu yang jadi separuh jalan. Berubah entah kemana kita entah kemana.


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: 
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Jangan serik 

Setiap perkara baik yang hendak dilakukan mesti ada sahaja yang membantutkan usaha itu. Mesti akan ada suara-suara sumbang yang cuba untuk memperlekehkan niat baik itu.  Kata-kata yang kurang membina ini salah satu faktor yang boleh menjatuhkan semangat. Memang benar dan sangat setuju dengan pepatah yang mengatakan "Lidah (kata-kata )lebih tajam daripada sebilah pedang" .Walaupun ianya lebih tajam daripada pedang jangan jadikan ia satu halangan yang besar tetapi sebaliknya jadikan ia satu cabaran yang kita harus sambut. Kerana untuk berubah  itu hak kita, bukan hak orang lain, hak mereka hanya bersuara tapi hak kita ialah untuk menjadikan perubahan itu satu realiti yang boleh membawa kita ke satu arah yang lurus.Oleh itu jangan serik untuk berubah.

 "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu hingga mereka 
  mengubah diri  mereka sendiri"

Penutup: Berubah itu tidak susah tapi perlu istiqamah

Kalau sebelum ini kita rasa hendak berubah itu susah, buang jauh-jauh perkataan susah itu. Sesuatu yang kita hendak buat perlu disusuli dengan kata-kata positif , positif menjadikan benda susah boleh jadi senang.Setiap perubahan yang dilakukan perlu berterusan jangan hangat-hangat tahi ayam,InsyaAllah segalanyan dipermudahkan. Yang paling penting jangan berubah kerana seseorang tapi berubah kerana Allah.Berhenti mengeluh dengan segala halangan yang datang kerana keluhan idak membawa apa-apa perubahan tapi ianya hanya keluhan semata-mata.Oleh itu segala perubahan yang hendak kita lakukan adalah  bermula daripada kita bukan daripada orang lain dan ianya akan berlaku dengan izin Alla s.w.t. Sama-samalah kita berazam untuk berubah.



Comments

Popular posts from this blog

Cemburu dalam islam

Trip santai Berembun & Telapak Buruk (Part 2)

Saya suka awak dan awak suka saya tapi....