mana satu jadi pilihan
pilihan keluarga lebih baik atau pilihan sendiri?
soalan ini sering kali dipertikaikan dan sering diaju. ada orang kata pilihan keluarga lebih
bahagia, lebih kekal lama.Ada pula orang yang berpendapat pilihan hati lebih bahagia kerana
masing sudah kenal antara satu ama lain.. Masing-masing ada alasan tersendiri. Pendapat
masing-masing , tidak ada isu salah atau betul.
Pernah dulu satu ketika, topic ini menjadi isu perbincangan dalam kelas english aku.
Tujuan perbincangan itu bukanlah atas sebab apa-apa, hanya untuk menggalakkan pelajar
untuk bersuara memberi pendapat.
Pada ketika itu, bila ditanya mana satu pilihan aku, pilihan keluarga atau pilihan hati?.
jawapan aku pada masa itu hanya satu, pilihan keluarga lebih baik, lebih bahagia.
Hanya pendapat yang tidak berapa serius pada aku. Mungkin pemikiran pada masa itu aku
limit kan ia. Mungkinlah.
Bagi aku bila family yang pilih =restu keluarga bawa kepada kebahagian. Tapi aku tak cakap
yang kawin pilihan hati itu tidak bahagia. Tidak sama sekali.
Okey itu cerita dulu-dulu.
sekarang macam mana?
jika ditanya soalan yang sama pada aku pada hari ini, saat ini. aku tiada jawapan. Pendapat aku
dua-dua pun ada baik buruknya. Bagi aku kunci kepada kebahagian bukan pada siapa yang kita
kahwini tapi bagaimana kita mencorak kehidupan kita. diibaratkan seperti pelukis yang diberi
kanvas kosong yang melakar indah pada sehelai kertas putih lalu menjadi sebuah cerita dan
cerita itu cerita kita. Cantik atau buruk bergantung pada pelukis itu sendiri. Macam tu juga dengan
kita bahagia atau tidak bergantung pada diri sendiri.
p/s: kesempatan ini aku nak ucapkan selamat penganti baru buat kawan-kawan aku yang
bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ini. Semoga sabar dalam melayari
dunia baru anda...hehe...cheesyyyyy plak...=)
Comments