Jadikan aku Pencintamu
Credit to Google
The Chosen one Nabi Muhammad s.a.w
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w.,keluarga dan
para sahabat. salam maulidur rasul buat semua saudara-saudara muslim
sedunia.Bersyukur kita diberi peluang sekali lagi untuk bersama-sama
menyambut ulangtahun kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. yang
dirindui.Setiap tahun kita sebagai umat islam menyambut akan ulangtahun
kelahiran (maulud nabi) Nabi Muhammad s.a.w dengan begitu meriah sekali
dengan perarakan,ceramah-ceramah dan sebagainya.Tetapi adakah dengan
sambutan-sambutan sebegini cukup untuk mempamerkan rasa cinta kita,rasa
sayang kita pada kekasih Allah Muhammad s.a.w? ketika bibir manis menutur
kata cinta pada pasangan kita, kenapa tidak pada junjungan kita Rasulullah
s.a.w. Sedangkan baginda tidak pernah lupa pada umatnya dimana disaat
akhir hayat baginda, bibir baginda tetap menutur ummati,ummati,ummati.
Jelas bukti sayangnya baginda terhadap kita umat nabi Muhammad s.a.w.
Begitu bimbangnya akan Rasulullah pada kita umatnya selepas kewafatannya.
kita? adakah kita hanya mengingati baginda saat tiba kelahiran baginda?.
Bagaimana hari-hari berikutnya masih adakah cinta dan sayang buat
Rasulullah s.a.w? Semperna Maulidur Rasul, bersamalah kita renungkan sejauh
mana sayang, cinta, rindu kita pada Rasulullah s.a.w.
Firman Allah Taala bermaksud:
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya".
(Surah al-Ahzab: ayat 56).
Comments