Sembangnovel: Mesti baca!!!!
Salam semua!!! lama tak menjenguk blog ni, bukan busy tapi malas nak update...balik2 kerja dah penat so nak menulis pun dah tak ada mood..hehe (alasan je lebih ^^v). For this time aku nak promote another novel untuk semua penggemar2 novel. Novel ni one of my favourite novel ^^v bukan sahaja jalan cerita yang menarik tapi gaya penulisan yang agak santai and ada moral story untuk semua yang membaca. Nak tahu novel apa jom bace...^^v
Tajuk : Quartet
Penulis : Saidatul Saffaa
Publisher : Jemari Seni
Harga : RM20
Sinopsis (belakang buku)
Ini kisah sekeping hati yang dicalit empat rona indah, sayangnya dia terlupa yang pelangi itu jalurannya tujuh, dan salju pula jadi cair dipanah mentari lalu berguguran dihembus bayu luruh.
Ini kisah sekeping hati yang berkali-kali diuji, takkan bercahaya pelangi sebelum hujan, takkan bersinar indah bintang-bintang tanpa gelap malam.
Mak mahukan menantu seperti Sami Yusuf. Kalau bawa surah panjang dalam solat pun tidak mengapa kerana suaranya sedap. Misa pula lebih tertarik dengan bayangan Yusuf, pun punya suara yang merdu apabila bertakbir. Malangnya 'Yusuf' menolak cinta 'Zulaikha' walaupun jarinya terluka.
Tapi Misa, jari yang terluka boleh diubat dengan minyak gamat, luka di hati nak ubat dengan apa?
Ini perjalanan Misa mencari Cinta. Empat lelaki seperti empat musim juga. Akhirnya Misa pasrah. Untuk mencari cinta antara Adam dan Hawa, dia harus mencintai dirinya sendiri. Dia harus mencintai Allah.
Dah bace sinopsis novel ni?? teruja tak?? mesti teruja kan. Cerita nie memang best dan tak rugi kalau beli pun walaupun ini hanya sekadar cerita tapi disebalik penceritaan itu ada value yang penulis nak sampaikan pada pembaca2 semua.Gaya penulisan yang bersahaja jalan cerita yang agak unik menarik hati aku nak baca dan terus membaca untuk nak tahu apa pengakhiran perjalanan Misa mencari cinta. Banyak peristiwa atau kisah Misa yang boleh dijadikan sebagai pengajaran untuk pembaca2 semua.Tapi apa yang menarik tentang cerita Misa ni, dalam tempoh hati dia terluka akibat cinta yang tak kesampaian sebenarnya dia berjaya mencari cinta yang hakiki iaitu cinta kepada Allah dimana selama ini dipandang sepi oleh Misa dan dari situ lah dia mula belajar erti sebenar cinta betul la orang selalu sebut setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi, hanya Allah jua yang mengetahui.Mungkin Allah telah menetapkan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita hilang ketika ini.Biarlah kita gagal mendapat cinta antara manusia tapi jangan sesekali berhenti mencari cinta Allah.
"Sinar yang membahang, bak mentari di tengah rembang, menyubur malar rimbunan cinta kukuh di tunjang" - Quartet
Credit to Google

Comments