Trip santai Berembun & Telapak Buruk (Part 2)
Assalamualaikum uolls May peace be upon you! Credit to Google Meh sambung balik citer trip santai Berembun & Telapak Buruk. Last post aku ada bagitahu yang kitorang kena bayar RM30 sorang untuk permit dan lori kan. So nie nak habak mai pasai apa. Trip santai kami start dari puncak Telapak Buruk menuju ke air craft crashed area dan turun terus ke Puncak Berembun. Kami bergerak dari tempat berkumpul iaitu Masjid Pantai jam 7.30 pagi dan menuju ke loji rawatan air pantai. Perjalanan dari masjid pantai ke loji mengambil masa dalam 45 minit (lebih kurang tak ingat sangat tapi tak jauh sangat dari masjid). Kitorang park kereta kat sana dan kat situ dah ada lori yang akan bawak kitorang ke puncak Gunung Telapak Buruk. Trip kali ini bertemakan daypack trip dan sebagai langkah keselamatan, team leader dah bagi senarai nama jemaah yang menyertai trip ini ke balai polis dan juga kem tentera yang akan kita jumpa di puncak Telapak Buruk nanti. Bermula la perjalanan trip santai k...