Rezeki Saya..Rezeki Awak..Rezeki Kita


Assalamualaikum....
May peace be upon you...


Credit to Google

*Hakikat Rezeki*

Ada orang,
Rezeki dia dapat kahwin awal dan dapat menjalani rutin harian seperti keluarga yang lain.

Ada orang,
Rezeki dia ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis.

Ada orang,
Rezeki dia ada anak-anak yang baik dan taat lagi kuat agama.

Ada orang,
Rezeki dia dapat solat di masjid setiap waktu.

Ada orang,
Rezeki dia cukup makan pakai setiap hari dengan baik.

Ada orang,
Rezeki dia dapat mengembara ke sana sini mencari pengalaman.

Ada orang,
Rezeki dia dikurniakan perniagaan yang maju dan bertambah2 maju.

Ada orang,
Rezeki dia dapat terus belajar sampai tahap yang tertinggi.

Ada orang,
Rezeki dia mudah belajar, baca dan hafal Al-Quran.

Ada orang,
Rezeki dia ahli keluarga dia masih ada di sisi menemani.

Ada orang,
Rezeki dia ada rumah yang selesa didiami.

Hakikatnya,
Allah menjadikan kita semua kaya dengan rezeki yang tersendiri. Cuma kadangkala hakikat rezeki itunkita tidak nampak dan tidak sedar, sebabnya kita semua selalu nampak rezeki dalam bentuk zahir wang dan material.

Hakikatnya, Alhamdulillah..
Semua benda baik yang kita ada sekarang ini adalah rezeki daripada Allah. Walaupun hanya dengan dapat diberi kesempatan masa untuk membaca satu muka Al-Quran dalam sehari sebabnya ada orang yang Allah tak bagi rezeki kesempatan untuk membaca Al-Quran dalam kehidupan sehariannya.

Ini lah yang dinamakan rezeki. Kerana hakikat rezeki bukannya hanya zahir tetapi ada juga rezeki batin yang lebih mahal dan berharga daripada rezeki yang berbentuk zahir.

Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat. Utamakan kehendak Allah, InsyaAllah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara. Berlapang dada lah dalam mencari rezeki bersyukur lah dalam setiap rezeki yang kita dapat! Jangan mengeluh dengan apa yang kita ada sekarang!

Rezeki kita,
Masih hidup lagi hari ini dan berkesempatan untuk bertaubat sebab ada orang yang hari ini dia tidak lagi bernafas dan pergi berjumpa dengan Allah tanpa sempat bertaubat.


Credit to: ig:effiaizat, alfadhil ustaz iqbal zain

Comments

Popular posts from this blog

Memberi cahaya

Saya suka awak dan awak suka saya tapi....

Cemburu dalam islam