Trip santai Berembun & Telapak Buruk (Part 1)

Assalamualaikum uolls!
May peace be upon you...


Credit to Google

"The Best View Comes After The Hardest Climb"


Tajuk macam santai habis kan..tapi Meh nak cerita sikit trip santai Berembun & Telapak Buruk. Moh kita jalan tengok santai tak santai!

Lokasi: Gunung Berembun & Gunung
             Telapak Buruk, Jelebu N9
Height: G.Berembun ( 3326 feet/1014
              Meter)
              G.Telapak Buruk (3913feet/
              1193 Meter)
Date : 10 Sept 2016 (sabtu)
Bil Jemaah : 33 Orang

Trip ini merupakan hiking trip pertama selepas beberapa tahun tidak merabak kan kaki untuk memanjat dan berjalan di dalam hutan. Setakat bukit-bukit tue pernah je tapi kalau gunung ganang ni last aku memanjat tahun 2012 iaitu Gunung Datuk. So Trip kali ni aku follow member aku which is kaki hiking tegar la, memang habis gunung ganang & bukit bukau dia layan. Since aku tak ada plan minggu tue so ak pun join la trip santai ni.

Before aku join trip ni, aku memang suka buat survey dulu pasal tempat aku nak pergi ni jadinya tak ada la terkial2 terkejut tengok trail tempat tue. So hasil daripada google info, dapat la sedikit sebanyak maklumat berkenaan dengan Gunung Berembun dan Gunung Telapak Buruk. Kalau uolls nak tahu ada 3  Gunung Berembun kat Malaysia ni. Yg 1 kat Jelebu which is tempat yang aku nak pergi then yg ke2 Cameron Highland & yg ke3 kat Terengganu.

Antara tarikan hikers untuk hiking kat  G.Berembun & G.Telapak Buruk ni adalah lata Berembun dan juga lokasi  tinggalan sejarah dimana terdapat  sebahagian bangkai pesawat British yang telah terhempas di sini pada tahun 1945 yang telah mengorbankan kesemua crew dan sebahagian lagi bangkai pesawat tersebut telah dibawa ke Muzium Tentera di Port Dickson. So kita boleh la tengok rupe bangkai pesawat tue kat situ nanti. Itulah sedikit sebanyak info yang aku dapat hasil google.

Ahli jemaah seramai 33 orang which is sangat ramai dan aku tak pernah lagi join hiking seramai ini. Aku tak kenal sorang pun kecuali member aku. So bagi melancarkan trip santai ni  team leader dah bagi itinerary trip dan smua orang  akan berkumpul di Masjid Pantai, N9, bersiap2 & breakfast sebelum memulakan trip santai kami.

Aku carpool dengan member aku dan ktorang bergerak dari Kl jam 5.15 pagi. Perjalanan ke masjid Pantai mengambil masa selama 1jam 30min melalui Highway Lekas. Kami sampai lebih kurang jam 6.30 pagi dan sebahagian daripada team dah sampai. Kami pun  bersiap2 solat subuh dan breakfast.

Lupa nak bagi tahu untuk trip ini kami dikenakan bayaran sebanyak RM30 seorang untuk tujuan permit, lori dan lain2 lagi. Jap kenapa nak lori bagai eh?? 

To be continue.....


Masjid pantai : lokasi untuk berkumpul sebelum memulakan trip



Comments

Popular posts from this blog

Memberi cahaya

Saya suka awak dan awak suka saya tapi....

Cemburu dalam islam