My Seoul! - Part 1
Assalamualaikum.....
Fuhhhh dah bersarang dah pun blog aku ni. Punya la lama tak meng-update. Baru terasa rajin nak mengupdate ( bila cuti raya ko lama ni la kejenyer). Kali ni nak story jalan-jalan cari Oppa! di Kota Seoul. Story pun dah lama dahhhh. Bile belek-belek gambar teringat pulak dan terajin pulak hari ni, so teruskan la niat murni diri ni :) . Trip ke Seoul pada pertengahan tahun lepas aku pergi bersama my sis and bro and my sister's friend with her sister too. Total ahli rombongan adalah 6 orang semuanya. Senang citer trip seoul nie trip adik beradik. Perangcangan dibuat since 2015 termasuklah persiapan itinerary, guest house dan sebagainya. Percutiaan kali nie selama 5 hari 4 malam (tak lama pun, so going to repeat again with my family next year, InsyaAllah) .
Day 1
25 April 2016
Hari yang dinanti telah pun tiba. pada jam 3.30 pagi kami bertolak dari rumah (our parents eagerly wants to send us off) dan memang dah plan untuk breakfst together so kitorang pun berhenti breakfast at 4am morning (kedai mamak je yang bukak 24jam) . We arrived at KLIA2 around 5.00 am morning and the time is just nice for us to check in our luggage and solat subuh. Flight AirAsia D7504 dari Kuala Lumpur Ke Incheon jam 8.00 pagi dan di jangka akan tiba jam 15:20pm. Penerbangan ke Incheon, mengambil masa lebih kurang 8jam. Oh ya kami menggunakan AirAsia, tiket kitorang dapat agak murah sebab beli time promo. kira return tiket dapat lebih kurang RM783 (murahkannnn, try gak nak carik tiket mcm nie tak dapat lagi smua cecah RM1K).
Tempat wajib selfie! tp mesti kepala senget eh
with my sister
yeay! our flight dah ready :)
typical picture :P
kami tiba di Lapangan Terbang Incheon jam 15:30 petang . So cepat-cepat ke imigresen clearance dengan niat nak dapat la depan-depan tapi harapan je la kitorang sampai-sampai dah ramai dah manusia-manusia. Terpaksa la beratur panjang layan je la. dalam tengah beratur tetibe ternampak mamat nie macam familiar je tapi tak berapa nak ingat nama tapi yang pasti dia pelakon. Dah settle semua baru la dok citer ngan geng rombongan rupenyer mamat yang tadi tue Kamal Adli (Time tue tengah ada pengambaran Filem Kimchi untuk awak, datang jumpa Emma kot ;P). Lama gak kitorang kat Airport sebab ramai sangat orang masa tue. Kalau bab pegawai imigresen sana, muka diorang memag serius 24 jam(rasenyerrr) kita tak buat salah pun rasa takut macam ada buat salah..haha. Dah settle smua kitorang pun bergerak untuk ke KW Hostel, guesthouse yang kitorang dah tempah dari Malaysia. Nak pergi KW Hostel tue ada macam-macam cara sama ada nak naik bas, subway or Express Train. So kat bawah ni summary penggangkutan yang korang boleh guna kalau korang lepak kat KW House. Kitorang malas nak pnjat tangga subway jadinya kitorang naik bus je :P
Tengah tunggu bas :) |
Tue la basnyerrr
Direction to KW House :
By Bus : keluar airport dari gate 5 then ada nampak signboard bus 6015 sebelah kanan . Bas memang on time penuh ke tak penuh bas akan gerak. jangan risau bas sentiasa ada. tambang bas 10,000 won. Dah naik bas jangan lupa pakai seat belt ye, driver bas akan check to make sure semua pakai seatbelt. Kalau nak tahu, driver bas punyer uniform dah macam pilot tau, smart sangat :) . Ok dah naik bas , turun kat bus stop yang paling last iaitu Sejong Hotel . Mesti dok fikir kan driver diorang annouce pakai bahasa apa eh. Jangan risau akak- akak abang-abang annoucemnt smua dalam bahasa inggeris.So alert la ye jangan tidor pulak :P . Lepas dah smpai kat Sejong Hotel, jalan ke depan dalam 300meter ada nampak traffic light and seberang jalan ada 7eleven then cross jalan dan depan 7eleven ada Pacific Hotel. jalan straight then hotel tue kat belakang sikit but still boleh nmpak bngunan hostel tue. Masa perjalanan ke Hostel dari Airport lebih kurang 1 jam.
Pintu masuk KW Hostel |
KW Hostel Myeongdong.sangat dekat dekat Myeongdong street. Walking distance je
By Subway: kalau nak lagi jimat kos boleh jugak naik subway, hanya 4,150 won je.Tapi di nasihati naik bus je la kalau rase diri tak gagah nak panjat tngga dengan angkut luggage yang berat tue . Direction dia ---> Incheon Int. Airport ---transfer to Seoul station (head to hoehyeon) ---> transfer to Myeongdong (exit on left side ) estimate time 1 hour 4 min
Ok sampai-sampai je KW Hostel, check in, solat dan makan apa yang ada dulu utk isi perut kang masuk angin kang ada yang tidur je nanti tak ke rugi. Ok untuk bilik dekat KW Hostel nie ktorang amik 2 bilik so 1 bilik 3 orang de 1 queen bed and 1 single. Bilik tak ada la besar sangat tapi the main reason kitorang pilih hostel ni sebab rooms comes with private bathroom (yang nie paling aku suka. tak best kongsi toilet) and harga pun berpatutan 72000 won untuk 4 malam . Lupa nak bagi tau kitorang pergi end of spring dan cuaca still lgi sejuk tapi x perlu pkai baju tebal kot sejuk2 nyaman je.. macam aircond je ;P .
Settle semua urusan ktorang pun gerak ke namsan tower. Kalau dari hostel dah nampak dah namsan tower tue. cuma larat ke tak la nak berjalan. Kalau ikut info yang kitorang dapat sebenarnyer tak jauh pun dari hostel tue just walk dalam 10 min untuk ke cable car tapi since kotorang sampai pun dah malam, kitorang sesat jugak nak mencari cable car tue. dah sampai dah pun kat kaki bukit namsan tower tapi kitorang bajet nak berjalan la naik ke atas sekali tak jumpa daaaa. dok tanye orang tapi still gak salah end up kitorang ikut sorang aunty nie dia pun nak pergi ke cable car.. Finallyyyyyy sampai pun. habis berjogging kotorang malam tue. by da way dekat namsan towwer tue ramai je ajumma ajusshi jogging bwk anjing kesyangan berjogging kat situ malam-malam.
heading to namsan tower..one of the street yang kitorg lalu utk ke namsan tower.
Namsan Cablecar
Pintu masuk Namsan Cablecar
Namsan Tower ...penangan citer boys over flower :P
Love Padlock at Namsan Tower
tak sempat nak masuk dalam teddy bear Museum sebab dah tutup. So lepas dah amik gambar kenang kenangan kitorang pun gerak ke Myeongdong Street. Cari apa yang boleh di makan :P . Masih memilih untuk berjalan kaki memandangkan view kmua cantik sayang alu guna transporttion x dapat nak layan view sangat. kitorang sampai agak lewat kat situ. kebanyakkan kedai dah tutup. one thing yang aku perasan by 9.00 pm to 9.30pm kat myeongdong bnyak kedai dah tutup. since kitorang pun dah lewat nak ronda-ronda kat myeong dong street tue ktorang just cari je mknan dulu untuk hr nie esok lusa bru jalan sebab dekat je pun dari hostel tue.
Myeong dong street
centre of Myeong dong street
Banana crepe famous at myeong-dong. Is a must try street food
-........END OF DAY 1......TO BE CONTINUE........
P/S: Next entry aku akan detail out apa apps yang kena download dan discount coupon yang kitorang dapat dari Malaysia sebelum ke Seoul Korea. :)
Comments