Cemburu dalam islam



 

"Cemburu kan tandanya sayang".

Ramai yang menjadikan ayat itu sebagai satu dasar untuk menunjukkan sayang pada pasangan kita. Kenapa mesti dikaitkan cemburu dengan sayang ??

Padahal cemburu itu sendiri secara terang-terangan melambangkan sesuatu yang negatif sedangkan sayang itu sendiri sudah jelas menunjukkan sesuatu yang positive dan sesuatu yang sangat indah.

Tapi bagi saya skop cemburu ni sangat luas. Ada yang cemburu secara rasional atau positif dan ada juga cemburu yang belunaskan emosi semata-mata.

Memang tidak dinafikan selagi mana kita berkasih sayang ,selagi itulah sifat cemburu  akan sentiasa menjadi tetamu di hati, sama ada kita sedar atau tidak.


Dalam sebuah Hadith disebutkan, bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda :


" Ada jenis cemburu yang dicintai Allah s.w.t, ada pula yang dibenci-Nya,Yang disukai,iaitu cemburu tatkala ada sangkaan atau tuduhan, sedangkan yang dibenci, iaitu adalah tidak dilandasi keraguan."


Cemburu Pertama

Dari dulu lagi sifat cemburu telah lama berada di dalam hati manusia, ini  jelas dibuktikan dengan kisah pembunuhan pertama dalam sejarah manusia iaitu kisah 2 putera Nabi Adam Habil dan Qabil. Pembunuhan  ini berpunca daripada sifat cemburu Qabil terhadap Habil yang akan dinikahkan dengan Iqlima (kembar Qabil ) yang jauh lebih cantik darilabuda (kembar Habil). Kisah ini telah diceritakan didalam alquran dalam suarah "Al-Maidah ayat 27-37.

cemburu yang paling hebat yang pernah berlaku ialah diantara Syaitan dengan Nabi Adam a.s. Dimana syaitan laknatullah telah  dibuang oleh Allah dari syurga kerana keangkurannya untuk sujud dihadpan Nabi Adam a.s. Syaitan laknatullah cemburu dengan penghormatan yang telah diberikan oleh Allah terhadap Nabi Adam a.s.

Dasyat sungguh sifat cemburu!!


Perlu ada cemburu

kadang-kadang sifat cemburu itu perlu juga ada dalam diri pasangan kita. semua berhak untuk berasa cemburu dan dicemburui.

seperti disebut dalam Hadith, bahawa Saad bin Ubadah Radhiyallahu 'anhu berkata:

" sekiranya aku melihat sorang laki-laki bersama dengan isteriku, niscaya akan kutebas ia dengan pedang." Ucapan itu aakhirnya sampai kepada Rasulullah. Lalu beliau bersabda ," apakah kalian merasa heran terhadap kecemburuan Saad? Demi Allah, aku lebih cemburu daripadanya, dan Allah lebih cemburu daripadaku"

Cemburu itu perlu ada untuk membela orang yang dicintai dan membela agar jangan sampai ada orang lain yang juga mencintai orang yang dicintai kita.

Tetapi harus kita ingat, kita perlu kendalikannya denga sebaik mungkin untuk mengelakkan dari cemburu buta yang berlunaskan emosi semata-mata.


Lelaki ke wanita

 Siapa yang kuat cemburu?  lelaki ke wanita ?

Masing-masing mempunyai sifat cemburu tersendiri, tetapi  apa yang membezakan mereka adalah tahap kecemburuan mereka terhadap pasangan masing-masing.

Ada sesetengah pendapat mengatakan lelaki lebih kuat cemburu berbanding wanita.

Bagi saya dua-dua pun kuat cemburu.

Betul atau tidak tepuk dada bukan tanya selera, tapi tanya hati.


Kesimpulan : Cemburu dalam islam

Walaupun hakikatnya setiap pasangan itu tidak dapat lari dari sifat cemburu itu, cuba lah berusaha untuk hindari sifat cemburu yang berlebihan yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.

Gantilah kecemburuan yang dibenarkan dalam agama iaitu kecemburuan yang bijak dan tidak membabi-buta.

Sesungguhnya itulah kecemburuan yang dicintai Allah, yang tidak mendatangkan keburukan kepada semua lapisan masyarakat.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra. berkata:

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah itu cemburu dan orang yang beriman juga cemburu, kecemburuan Allah, iaitu jika orang mukmin melakukan  apa yang diharamkan.

Comments

Asslammualaikum,

dalam ayat2 cik, terdapat yang perlu di perbetulkan

seperti Habil dan Qabil. Ia bukanya cemburu, tetapi iri hati

dan seperti syaitan dengan Nabi Adam a.s, ia tidak cemburu tetapi iri hati dan tidak puas hati.

terdapat ramai yang menyalah anggap perkataan cemburu dengan iri hati.

jadi sila membuat kajian yang lebih mendalam.

amin
± said…
cemburu

1. iri hati 2. kurang percaya atau syak wasangka 3. hati-hati atau berjaga-jaga


Sumber: Kamus Dewan Edisi keempat.

kamus dewanmendefinisikan cemburu sebagai iri hati. bolehkah saudara zul berkongsi kajian yg tepat tentang perbezaan istilah cemburu dan iri hati?

nurul majdah,
saya amat memcemburui entry yg indah ini
dari segi penggunaannya secara logic, cemburu itu bukannya iri hati.

iri hati adalah perasaan sedikit marah,tidak adil atau lagi dekat, dengki.

dari terjemah yang anda bagi iaitu kurang percaya, adakah bersusuainya dengan apa yang anda cakap iaitu

"saya amat memcemburui enty yg indah ini".

bermaksud anda berasa tidak percaya pada enrty yg indah ini?

bermaksud anda iri hati entry indah ini?

bermaksud and hati hati pada entry indah ini?

sah la terjemaah yang anda bagi adalah salah.

jadi sila guna kan akal fikiran yang logic.

iri hati sangat2 berbeza. adalah sebuah ayat yang berbeza dengan cemburu.


iri hati sangat2 berbeza.

jadi jangan sama kan cemburu dengan iri hati walhal ia nya berbeza

cemburu dari pemahanan saya adalah berasa ingin.

sebab itu cemburu tandanya sayang

iaitu, tanda nya ingin di sayang sama seperti di beri kepada orang lain.
Nurul Majdah said…
thanks pada saudara zul atas comment dan perkongsian tentang iri hati dan cemburu..
Anonymous said…
Benarkah cemburu tanda sayang? Dikutip dari artikel iyaa.com bahwa karena termasuk orang yang sangat logis, Anda tak mudah cemburu pada kekasih meski kekasih bercerita tentang mantannya atau mendengar gosip bahwa ia terlihat dengan wanita lain. Menurut teman-teman, ini tidak baik buat Anda, karena seolah menunjukkan rasa kurang sayang.

Popular posts from this blog

Trip santai Berembun & Telapak Buruk (Part 2)

Saya suka awak dan awak suka saya tapi....