La tahzan
DeviantArt by Andrea Reyes
La Tahzan jangan bersedih.
Tidak semua hari berlalu dengan gembira.
Kita harapkan panas hingga ke petang rupa2nya hujan
ditengah hari. Ada masa kita punya perasaan sedih.
Macam-macam punca atau sebab yang boleh membuatkan kita sedih.
Mungkin kehilangan, kematian, pergaduhan, perselisihan faham,
kegagalan umpatan dan sebagainya.
Rasa yang bukan kita amat alu-alukan.
Jangan dihalang biarkan sedih itu hadir.
Ibn Qayyim pernah berkata:
"Apapun tingkatan kesedihan itu hendaklah seseorang itu
berada dijalan Allah s.w.t dan orang-orang yang cerdik
ialah yang tidak membiarkan kesedihan menguasai dirinya
apalagi melumpuhkannya".
Rasa sedih membuat kita dekat dengan maha pencipta.
Saat itu terasa dekat amat pada Allah s.wt.
Firman Allah:
"Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah berserta kita
( At-taubah: 40)
Jangan kita lupa pada Al-Quran iaitu love letter from Allah.
Kalam Allah yang tersusun indah itu ubat untuk penyakit sedih.
Damai danTenang terasa amat.
Ini cerita sedih hari ini.Tapi bagaimana pula esok? masih bersedih lagi?
Firman Allah :
" Sesungguhnya selepas setiap satu kesusahan ada kesenangan"
Comments