Perigi cari Timba
credit to Mr Google
Perigi cari timba atau Timba cari perigi? bagi aku kedua-duanya ada maksud tersendiri
pada zaman dahulu. Istilah ini sering digunakan oleh orang dulu2 kerana mereka
sangat2 berpengang pada adab2 berkawan antara lelaki dan perempuan.
Bagi mereka biarlah sesuatu perhubungan itu bermula dengan lelaki ianya
nampak lebih manis berbanding jikalau perempuan yang memulakannya.
Tetapi Itu cerita zaman dahulu .
Bagaimana pula dengan zaman sekarang?
Masih ada lagi ke orang menggunakan istilah-istilah sebegini.?
mungkin ada sesetengah orang yang masih berpegang teguh pada istilah2 tersebut.
Tetapi kalau ikutkan arus pekembagan semasa, dunia sekarang sudah
tiada lagi istilah perigi mencari timba atau timba mencari perigi.
Bagi aku tidak salah untuk perempuan yang
memulakan langkah dalam memulakan perhubungan kira macam first mover la .
Malu?... ok! aku terima mungkin ada sedikit perasaan malu, tapi itu memang sifat semulajadi
perempuan kan tak begitu? kalau tengok lelaki zaman sekarang tak semua yang
gentelman (jangan marah ye..bukan semua tapi segelintir..malu2 gajah gitu)
so nak tunggu diorang buat move dulu? Memang tak la jawabnya.
jadi tak salah rasanya kalau kita yang memulakan tapi biar kena pada caranya.
Jangan macam desperate sangat pulak gayanye.Maruah still kena jaga.
Jadikan Rasulullah dan Siti Khadijah sebagai contoh.
Jangan jadikan nafsu sebagai tapak kepada hubungan tetapi
jadikan redha Allah sebagai asas hubungan.
Rasulullah s.a.w berpesan:
" apabila datang kepada kamu orang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya
maka kahwinila ia. Jika tidak engkau perbuat ( demikian ), akan terjadi fitnah di bumi
dan kerosakan yang luas" (Riwayat Tirmizi, Ibn Majah dan Al-Hakim).
Comments
tetapi dgn tatacara yg betul..mmg xsalah kan senarnyer..pucuk pangkal seseorg tu je..malu2pn susah gk kn..so tepuk dada, tgk sakit x? klw sakit cbe lagi..dan lagi dan lagi..
peace no war..