Perigi cari Timba

credit to Mr Google


Perigi cari timba atau Timba cari perigi? bagi aku kedua-duanya ada maksud tersendiri 

pada zaman dahulu. Istilah ini sering digunakan oleh orang dulu2 kerana mereka 

sangat2 berpengang pada adab2 berkawan antara lelaki dan perempuan. 

Bagi mereka biarlah sesuatu perhubungan itu bermula dengan lelaki ianya 

nampak  lebih manis berbanding jikalau perempuan yang memulakannya. 

Tetapi Itu cerita zaman dahulu . 

 Bagaimana pula dengan zaman sekarang?

Masih ada lagi ke orang menggunakan istilah-istilah sebegini.? 

mungkin ada sesetengah orang yang masih berpegang teguh pada istilah2 tersebut. 

Tetapi kalau ikutkan  arus pekembagan semasa, dunia sekarang sudah 

tiada lagi istilah perigi mencari timba atau timba mencari perigi. 

Bagi aku tidak salah untuk perempuan  yang

memulakan langkah dalam memulakan perhubungan kira macam  first mover la . 

Malu?... ok! aku terima mungkin ada sedikit perasaan  malu, tapi  itu memang sifat semulajadi 

perempuan kan tak begitu? kalau tengok lelaki zaman sekarang tak semua yang 

gentelman (jangan marah ye..bukan semua tapi segelintir..malu2 gajah gitu)  

so nak tunggu diorang buat move dulu? Memang tak la jawabnya.

jadi tak salah rasanya kalau kita yang memulakan tapi biar kena pada caranya. 

Jangan macam desperate sangat pulak gayanye.Maruah still kena jaga. 

Jadikan Rasulullah dan Siti Khadijah sebagai contoh. 

Jangan jadikan nafsu sebagai tapak kepada hubungan tetapi 

jadikan redha Allah sebagai asas hubungan.

Rasulullah s.a.w berpesan: 

" apabila datang kepada kamu orang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya 

 maka kahwinila ia. Jika tidak engkau perbuat  ( demikian ), akan terjadi fitnah di bumi 

dan kerosakan yang luas"  (Riwayat Tirmizi, Ibn Majah dan Al-Hakim).
 

Comments

Nora Abdullah said…
persaaan tu mmg teramat malu bila mana seorang perempuan memulakn langkah pertama untuk sebuah perhubungan..
tetapi dgn tatacara yg betul..mmg xsalah kan senarnyer..pucuk pangkal seseorg tu je..malu2pn susah gk kn..so tepuk dada, tgk sakit x? klw sakit cbe lagi..dan lagi dan lagi..
peace no war..

Popular posts from this blog

Cemburu dalam islam

Trip santai Berembun & Telapak Buruk (Part 2)

Saya suka awak dan awak suka saya tapi....