setiap pertemuan dan perpisahan
Hakikat yang pahit untuk kita terima. Mengapa perlu dicipta pertemuan jika ia akan berakhir dengan
perpisahan. Jangan kita menolak takdir Allah, Kerana setiap pertemuan dan perpisahan itu ditentukan oleh Allah.Ya, mungkin ia pahit tapi itu hakikat yang kita perlu akui dan terima dengan hati yang redha.Oleh itu hargailah setiap pertemuan yang kita cipta kerana kita mungkin akan menyesal andai saat itu tidak kita tidak pernah hargainya. Pertemuan yang indah sentiasa disulami dengan bicara manis, senda gurau kerana ia mencipta satu kenangan yang tidak akan kita lupakan sampai bila-bila. Andai satu hari nanti kita berpisah kenangan itu akan menjadi tali perhubung kita.

senyuman yang tersirat dibibirmu...
menjadi ingatan setiap waktu...
tanda kemesraan bersimpul padu...
kenang aku dalam doamu...
Dua orang sahabat yang menangisi lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naugan kecuali naungannya.Walaupun terpaksa berpisah biarlah ia berpisah dengan keadaaan yang diredhai oleh Allah. s.w.t. Setiap kenangan yang dicipta dari setiap pertemuan yang sangat indah itu,pada setiap pahit manis yang telah pun kita lalui bersama,pada setiap onak duri kehidupan kita telah jelajahi bersama, pada setiap suka duka kita telah kongsi bersama akan tersemat kemas dihati dan sentiasa dikenang dalam doa sebagai tanda ingatan tulus.
Teman bertapa pilunya hati menghadapi perpisahan ini,
pahit manis perjuangan telah rasa bersama,
Semoga Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini,
teruskan perjuangan, wahai teman...
Walaupun perpisahan mengasingkan kita, hakikatnya hati kita saling mengingati antara satu sama lain. Oleh itu jangan jadikan perpisahan sebagai penyebab pemutus dua hubungan erat yang kemas terikat kerana Allah S.W.T.
Comments
cedihnyer....
huhuhuhh