SembangNovel:Sweet sangat!!! ^^

Selamat hari raya semua!!!! raya, raya jugak novel tetap beli..=). ok this time aku nak promote sebuah novel yang ala2 sweet gitu (memang sweet pun). Aku baru sahaja beli novel ni...hehe.. tapi dont worry ok aku dah habis baca dah pun. So aku pun dengan sukarela nak promote la kat awak orang semua novel nie..sebab apa eh...sebab apa eh..........sebab citer die memang best sangatttt (semangat betul!!)..apa lagi jom ushar jap buku apa yang best sangat tue ^^v.....


credit to Google

Tajuk : Ikhlas A.K!
Penulis : Nirrosette
Publisher : Jemari Seni
Harga : RM 21 (Sem. Malaysia) / RM 23 (Sabah/Sarawak)


Sinopsis (belakang buku)

Kata Adam Khalis :

Hidup ini tak boleh berdasarkan 'saya suka awak' dan 'awak suka saya'- we live happily ever after -aman bahagia untuk selamanya. Tak semudah itu Kaseh, hidup ini ada duri dan ranjau.

Kata Kaseh :

Bagaimana kita berbeza macam langit dengan bumi ; Kaseh tak kisah. Kaseh sanggup buang apa sahaja demi Adam; termasuklah tidak mewarisi harta benda daddy. Kaseh sanggup hidup macam orang biasa. Percayalah, Kaseh bersedia memberi semuanya. kerana sekali dalam hidup Kaseh, apa yang Kaseh 'tahu'
apa yang Kaseh 'mahu' hanyalah Adam Khalis!

Kata orang :

-opposite attracts. Bad girls go for a good guys. True much? tapi...sejauh mana kebenaran teori ini?
 Boleh ke Adam - stok budak masjid bertahan dengan Kaseh - playgirl of the century? well, we'll see, we'll see ! =) - opps dan jangan lupa Adam Khalis bakal menjadi kekasih yang ke-34 Nur Kaseh Kaisara! =)


*****************************************************************************

Kata aku :

Tengok cover buku and tajuk aje..dah ter-suka..tapi people said..dont judge the book by it's cover..very true...tapi nak beli jugak!. first chapter...interesting..so baca n baca...senyum dan terus senyum..alamak macam mane nak stop nie, dah ter-suka and dah tak boleh nak berhenti =P - sweet aje watak Adam Khalis dan Kaseh that's way dah baca tak boleh nak stop dah sebab tak sabar nak tahu pengakhiran kisah diorang (gaya macam citer realiti je..hehe). Jalan cerita yang menarik dan yang paling penting tak bosan! =).Walaupun gaya cerita yang santai still ada message yang penulis nak sampaikan =) so awak orang semua -refer to novelholic =p masih tercari-cari novel apa yang nak dibeli,  boleh la beli novel ni and korang mesti puas hati punyer..=). enjoy reading!! ^^v



" Hidup ini tak boleh berdasarkan  'saya suka awak' dan 'awak suka saya'......." - Ikhlas A.K!








Comments

Popular posts from this blog

Cemburu dalam islam

Trip santai Berembun & Telapak Buruk (Part 2)

Saya suka awak dan awak suka saya tapi....