SembangNovel: Akhirnya aku kahwin!
Credit to Google
Tajuk : Akhirnya aku kahwin!
Penulis : Herna Diana
Publisher : Alaf 21
Harga : RM 19.90 (Sem. Malaysia) / RM 22.90 (Sabah/Sarawak)
Sinopsis (belakang buku)
Didi- gadis 'comel' yang periang.Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.
Kemunculan syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Kata-kata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya 'Debab'. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom.
Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat^Di^Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya.Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?
*******************************************************************************
Kata aku:
* Salah satu tarikan novel nie is cover buku tu sendiri..memang comel la...gambar status facebook tak ke comel tue..memang padan sangat dengan watak Didi yang agak 'comel' =).sebab kedua aku nak beli buku nie sebab watak utama cerita nie which is si Didi yang 'comel' aka si debab yang riang. Jarang la penulis nak letak watak heroin yang agak 'comel' nie. selalu bace mesti perempuan lawa giler and kalau lelaki mesti nak hensome tahap gaban. Selalu jugak lelaki cantik mesti dengan perempuan cantik tapi dalam cerita nie ada kelainan sikit dan kelainan itu yang buat cerita nie menarik =).
* Nak tau cerita kisah cinta Didi si gadis 'comel' jangan lupa beli buku nie ye! kalau citer banyak nanti tak best pulak nak baca kan. Tapi dont worry la korang tak kan bosan punyer baca buku nie..sebab memang lawa sangat tambah dengan gaya bahasa yang haihhh tak tau la nak habaq lagu mana ...hehek dan walaupun banyak unsur humor ada jugak penulis selitkan part-part sedih and part sedih tue menjadilah...sebak jugak..T_T.
"Didi tercipta hanya untuk abang. Bukan untuk lelaki lain"
-Syafizi-
"Rupa-rupanya, aku adalah tulang rusuk dia. Tercipta hanya untuk dirinya."
-Didi-
Comments