Posts

Kuiz oh kuiz

Hari ni macam biasa rutin harian yang sama setiap hari... pagi pergi kelas  petang baru balik. Tapi hari ni tak macam biasa sebab selalunyer hari jumaat kelas Startegic Management (SM) aku hanya sampai pukul 10 aje, tapi memandangkan hari tue kelas SM tak ade so kena la ganti. Memang penat sangat, dah la ada kuiz kelas SM tadi, entah apa yang aku merepek pun tak tau la ( jawab ikut mazhab sendiri). Sekarang ni dah  nak kena sambung study untuk subject Corporate Finance pulak esok ada kuiz pulak  dan bersiap sedia untuk dibebel dan dimarah ( test 1 yang sangat teruk T_T). Bebudak kelas semua dah cuak-cuak ayam.SO esok semua kena bersiap sedia mental dan fizikal dan dengan rencah yang nak digoreng nanti dalam kuiz esok. subjek CF ni memang memerlukan critical thinking tapi masalahnye dengan aku2 nya dah jadi kritikal ni ..apa kes??...Haish Hope esok semuanyer berjalan dengan lancar.

Semua akan merasa

Image
SEBAIK-BAIK PERINGATAN ADALAH KEMATIAN     Tertulis kematian Pada suratan kehidupan Namun hanya ALLAH yang tahu Bilakah ajal bakal bertamu Detiknya menghampiri Tanpa petanda yang menanti Bila tiba saatnya nanti Tak siapa dapat melarikan diri Itu hakikat dan kepastian Hadirnya tidak pernah kita alukan Tua dan muda, miskin dan kaya Semua insan pasti melaluinya Sakit dirasa tidak terkata Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya Hanya amalan bisa redakan Bebanan derita di ambang kematian Denyutan nadi akhirnya terhenti Bersama nafas yang tak terhela lagi Kerana jiwa meninggalkan pergi Pulang kembali untuk menghadap Ilahi Dari ALLAH kita datang, KepadaNya kita pasti pulang Detiknya pasti tiba Adakah kita bersedia? by: inteam

Harapan ramadhan

Image
  Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna Selangkah demi selangkah Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu Hingga tak terasa ku berada Di bulan Ramadhan semula  Puasa satu amalan Sebagaimana yang diperintahNya Moga dapat ku lenturkan Nafsu yang selalu membelenggu diri Tiada henti-henti Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja Tuhan pimpinlah daku yang lemah Mengharungi segalanya dengan sabar Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan Ku merayu pada Tuhan diterima amalan Selangkah demi selangkah… Dengan rahmatMu oh Tuhanku… Ku tempuh jua by: Raihan + Mambai

Kekusutan melanda!!!

Image
Assignment yang bertimbun bak bukit china.... Presentations yang berlumba-lumba menunjukakan diri.. quiz dan test menyapa mesra... Masa yang mencemburui diri... Menambah kekusutan minda dan jiwa... jiwa yang semakin kosong...  ~Maj~

Lebih baik diam kalau....

Image
credit to DeviantArt Lebih baik diam kalau.... kata-kata yang dileluarkan hanya menyakiti hati orang lebih baik diam kalau... kata-kata yang dikeluarkan hanya bicara kosong Lebih baik diam kalau... kata-kata yang dikeluarkan sekadar umpan perhatian orang ramai Lebih baik diam kalau... kata-kata yang dikeluarkan bakal memakan diri.

Aizat - Erti hari Ini

Mencapap or famous bersebab

Image
Korang rasa korang famous tak? Famous kat sini bukanlah famous atau terkenal macam artis tu. Famous yang aku maksudkan kat sini is something like korang lalu je eorang mesti nak tengok atau bila dah tengok tu mesti tak lepas pandang....atau something like sebut nama aje,orang mesti cakap...... "ooo budak tue...eh mesti la kenal..siapalah tak kenal dia" Korang nak tau tak, sebenarnyer ada kategori jugak untuk orang-orang yang famous ni. Tapi ini just apa yang aku nampak aje ( suka tengok orang  nie la hasilnya).  Sape budak-budak yang famous tu Budak-budak yang aku rase diorang  mesti  famous dalam universiti or course or class : Twins @ kembar (seiras) tak kisah kalau korang tu twins perempuan  atau twins lelaki korang mesti jadi tumpuan orang ramai tambah lagi kalau korang memang twins yang sangat cantik dan hensem.Bila jalan je mesti orang nak pandang. Nak tau kenapa diorang semua suka pandang? sebab diorang nak kepast...