Perhubungan jarak jauh (PJJ)

credit to MsCrys_DeviantArt

Long distance love atau hubungan cinta jarak jauh. Pasangan bercinta yang

terpisah antara benua, negara ataupun negeri berkorban untuk mengejar cita

dan impian.Satu perasaan yang susah untuk ditafsirkan. Kadang-kadang  its

killing inside. Tetapi semakin ramai pasangan sekarang yang berani mencuba

percintaan jarak jauh ini berikutan perkembangan teknologi yang semakin

canggih. Dengan adanya skype, YM, Facebook dan sebagainya, ramai yang

berpendapat bahawa mereka masih dapat berhubung dan berkomunikasi 

dengan pasangan masing-masing. Tapi adakah dengan berhubung 24h/7  

cukup untuk kita memelihara hubungan jarak jauh ini? Mungkin ada sesetengah

daripada kita setuju, tapi sebenarnya kekuatan sesuatu hubungan jarak jauh

itu bukan terletak berapa keprap kita berhubung dengan pasangan kita tetapi 

sejauh mana kita percaya pada pasangan kita sendiri.Kalau pasangan itu ada 

rasa tanggungjawab dan kepercayaan yang sangat dalam, hubungan itu

mungkin dapat berkekalan. Tapi kalau sebaliknya memang wassalam la 

jawapnya. Tapi ia bukan sesuatu yang mudah untuk kita bina kepercayaan.

Sedangkan depan mata pun tak percaya inikan pula pasangan kita duduk jauh

daripada kita. Oleh sebab itu ramai yang  bersetuju bahawa  memelihara 

hubungan cinta jarak jauh ini sebenarnya lebih susah daripada hubungan cinta 

biasa. Tapi kadang-kadang percintaan jarak jauh ini ada baiknya juga, ia 

sebenarnya boleh membuatkan pasangan lebih menghargai satu sama lain

mana tidaknyadulu kalau jumpa kalau tak bertekak tidak sah. Tapi bila dah

jauh terkenang-kenang.Apa-apa pun yang paling penting untuk Long distance

love ini adalah based on trust. So kalau rasa-rasa hendak mencuba hubungan

jarak jauh, make sure kepercayaan antara satu sama lain sudah betul-betul

kukuh. Kalau tak lupakan sahaja cari sahaja yang depan mata. 

Layan jom lagu "Long Distance" by Bruno Mars........



Comments

Wafiq Legacy said…
pernah je. tapi tak best. bila dah HJJ ni, rajen je aku nk jd playgirl. hehe..tu cite lama la

Popular posts from this blog

Memberi cahaya

Saya suka awak dan awak suka saya tapi....

Cemburu dalam islam