Perhubungan jarak jauh (PJJ)
credit to MsCrys_DeviantArt
Long distance love atau hubungan cinta jarak jauh. Pasangan bercinta yang
terpisah antara benua, negara ataupun negeri berkorban untuk mengejar cita
dan impian.Satu perasaan yang susah untuk ditafsirkan. Kadang-kadang its
killing inside. Tetapi semakin ramai pasangan sekarang yang berani mencuba
percintaan jarak jauh ini berikutan perkembangan teknologi yang semakin
canggih. Dengan adanya skype, YM, Facebook dan sebagainya, ramai yang
berpendapat bahawa mereka masih dapat berhubung dan berkomunikasi
dengan pasangan masing-masing. Tapi adakah dengan berhubung 24h/7
cukup untuk kita memelihara hubungan jarak jauh ini? Mungkin ada sesetengah
daripada kita setuju, tapi sebenarnya kekuatan sesuatu hubungan jarak jauh
itu bukan terletak berapa keprap kita berhubung dengan pasangan kita tetapi
sejauh mana kita percaya pada pasangan kita sendiri.Kalau pasangan itu ada
rasa tanggungjawab dan kepercayaan yang sangat dalam, hubungan itu
mungkin dapat berkekalan. Tapi kalau sebaliknya memang wassalam la
jawapnya. Tapi ia bukan sesuatu yang mudah untuk kita bina kepercayaan.
Sedangkan depan mata pun tak percaya inikan pula pasangan kita duduk jauh
daripada kita. Oleh sebab itu ramai yang bersetuju bahawa memelihara
hubungan cinta jarak jauh ini sebenarnya lebih susah daripada hubungan cinta
biasa. Tapi kadang-kadang percintaan jarak jauh ini ada baiknya juga, ia
sebenarnya boleh membuatkan pasangan lebih menghargai satu sama lain
mana tidaknyadulu kalau jumpa kalau tak bertekak tidak sah. Tapi bila dah
jauh terkenang-kenang.Apa-apa pun yang paling penting untuk Long distance
love ini adalah based on trust. So kalau rasa-rasa hendak mencuba hubungan
jarak jauh, make sure kepercayaan antara satu sama lain sudah betul-betul
kukuh. Kalau tak lupakan sahaja cari sahaja yang depan mata.
Layan jom lagu "Long Distance" by Bruno Mars........
Comments