SembangNovel: Dibius Cinta
Salam guys!! Last entry aku ada promote satu novel kan..kan.. so hari nie aku nak promote lagi satu novel yang aku rasa best dan boleh la kalau kawan-kawan nak baca bagi mengisi masa-masa terluang.
jom ushar jap!!!! ^^
jom ushar jap!!!! ^^
Credit to Google
Tajuk: Dibius Cinta
Penulis: Qash Irdina
Publisher: Fajar Pakeer
Harga: RM19.90
Sinopsis (belakang buku)
"Eh, kau ni gila ke apa? Dahlah kau langgar aku tadi. Lepas itu, kau hempuk pula aku dengan beg Bangla kau tu.Hah, sekarang kau panggil aku perogol pula."
Pertemuan pertama mencipta pengalaman memalukan apabila pemuda yang cuba membantunya diserang dengan beg Bangla miliknya. Saat itu ingin sahaja dia berlari 1000 meter tanpa henti dan tak tahu mana nak sorokkan mukanya.Pertemuan demi pertemuan tercipta dengan sendirinya seolah-olah takdir sengaja mempertemukan dua insan tanpa perasaan cinta.
Tanpa disangka, takdir telah menyatukan mereka apabila Adam Syafiq dan Cazlin Amalina disatukan atas rencana tersembunyi.
Mungkinkah ikatan yang dibina tanpa perasaan cinta mampu menggapai istilah happy ever after? Mampukah kedua-dua mereka menghindari bius-bius cinta yang mula menghampiri? Akan adakah badai yang melanda untuk menguji kesetiaan mereka?
Dibius Cinta, macam nama lagu kan...tapi nie tak ada kena mengena dengan lagu dibius cinta ok!. Cerita nie boleh aku kategorikan dalam kategori drama romantik plus ada humor2 yang comel dan sweet ^^. First bab dah ada scene2 yang kelakar dan buat korang nak terus baca kisah Adam dan cazlin. Jalan cerita lain daripada lain. Nak tau sebab apa... kena la beli novel nie okey! ^^V. Jangan risau cerita nie tak membosankan, and walaupun ada konflik yang berlaku dalam rumahtangga Adam and Cazrin tapi cerita tetap happy ending ^^..(terbocor pulak..=0)
Walaupun ni first time baca buku publisher Fajar Pakeer, aku dah puas hati sebab buku nie best sangat ^^ dan mungkin lepas nie boleh try novel2 lain from this publisher ^^v
Comments