Sahabat dunia akhirat

Credit to Google

Sesungguhnya orang-orang mu’min adalah bersaudara karena itu 
damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah 
supaya kamu mendapat rahmat”  (Al Hujrat : 10 )


Dalam dunia ini, untuk kita mencari seorang kawan memang cukup senang tapi untuk kita 

mencari seorang sahabat tidak sesenang seperti kita mencari seorang kawan.Kadang-

kadang terlintas di kotak fikiran apa beza antara kawan dan juga sahabat? Mungkin ada 

sesetengah kita menganggap bahawa kawan dan juga sahabat itu sama sahaja, tetapi 

ada juga yang bersetuju bahawa sahabat dan kawan dua benda yang berbeza.Kawan 

disaat kita senang dia ada bersama tetapi disaat kita  berada dalam keadaan berdukacita 

jarang kawan ada disisi kita. Sahabat itu berada dekat dengan kita saat kita suka dan 

duka bersama dengan kata-kata semangat,kata-kata nasihat untuk kita kembali bangun 

daripada  terus terjatuh.Itulah indahnya  jika kita bersahabat kerana Allah, kerana 

hubungan itu sentiasa disirami dengan rahmat Allah s.w.t..Jika kita ingin mencari sahabat, 

carilah sahabat yang boleh mengingatkan kita kepada Allah s.w.t. bukan kawan yang 

membuat kita terasa jauh dengan pencipta kita, Kerana kita ingin bersahabat bukan sahaja 

untuk kita mendapat kebahagian bersamanya di dunia tapi akhirat juga destinasi yang 

kita idamkan untuk bersama-samanya. Alangkah indahnya jika hubungan persahabatan kita 

bersulamkan kata-kata nasihat,kata-kata indah yang mendekatkan kita pada Allah s.w.t 

dan juga Rasulullah s.a.w pada saat itu pasti kita akan rasa begitu indah dan manisnya 

nilai persahabatan itu. Seorang sahabat itu memberi pengaruh yang sangat besar dalam 

membentuk peribadi dan juga akhlak kita, oleh sebab itu jangan kita ambil mudah dalam 

mencari sahabat. Andai tersalah langkah keseronokan dunia menjadi raja dalam 

perhubungan dan disaat itu hanya dunia menjadi kesayangan dihati,jambatan akhirat 

rapuh ditenggelami keseronokkan dunia. 

Sabda Rasulullah:

“sesorang itu akan mudah terbawa kepada agama sahabatnya, maka jika ingin melihat iman dan akhlaq seseorang lihatlah siapa yang menjadi teman dalam hidupnya!”
 
Jangan bersahabat kerana hartanya kerana jika hartanya habis pasti  ikatan sahabat itu 

juga habis seperti harta itu dan janganlah kita bersahabat kerana paras rupanya kerana 

satu hari nanti jika sahabat itu  ditakdirkan Allah tiada rupa paras yang cantik pasti kita 

berasa malu untuk bersahabat dengannya, tetapi bersahabatlah kerana Allah pasti 

perasaan bersahabat dunia akhirat itu hadir.


Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. 
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. 
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita
ke jalan Allah.




Comments

Popular posts from this blog

Memberi cahaya

Saya suka awak dan awak suka saya tapi....

Cemburu dalam islam