Cantik itu sebenarnya...
credit to Google
~Kecantikan diri buat yang halal
dan halal itu sungguh indah~
Sesungguhnya suka pada kecantikan itu fitrah. Perasaan yang telah dikurniakan kepada setiap umat manusia yang berada dimuka bumi ini.Tiada seorang pun yang tidak suka akan sesuatu yang cantik. Kerana Allah juga suka akan kecantikan dan benci akan keburukan.
Walaupun Allah s.w.t suka kepada kecantikan sekalipun, jangan pula kita mengambil kesempatan untuk mengubah sesuatu yang telah Allah cipta kononnya untuk menjadi lebih cantik dengan alasan Allah suka sesuatu yang cantik itu. Ya memang betul Allah suka pada kecantikan tetapi bukan la sehingga mengubah ciptaanNya.
" Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid ( atau mengerjakan sembahyang). Makanlah dan minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai akan orang-orang yang berlebih-lebihan (melampui batas) ." (surak Al-A'raff, ayat 31).
Cantik itu subjektif . Cantik tidak semestinya rupa paras, aspek lain juga boleh diambil kira. Tidak guna punyai rupa paras secantik bidadari tapi akhlak tidak secantik rupa paras. Apa yang paling penting ialah akhlak kita sebagai seorang muslim. Kerana cantiknya seseorang wanita itu terletak pada akhlaknya bukan pada rupa parasnya.
Oleh itu, Jangan pula kita bersedih jika tidak punyai rupa paras yang cantik, kerana cantik rupa paras tidak semestinya cantik akhlaknya tetapi kita sudah pun cantik jika kita punyai akhlak yang yang cantik dan sudah pasti peribadi yang indah juga dipertonjolkan kerana itu lah kunci kepada kecantikan.

“Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai yang indah, murah hati dan menyukai kemurahatian, menyukai akhlak yang luhur dan membenci akhlak yang rendah.”
(HR. Al-Baihaqi)
Walaupun Allah s.w.t suka kepada kecantikan sekalipun, jangan pula kita mengambil kesempatan untuk mengubah sesuatu yang telah Allah cipta kononnya untuk menjadi lebih cantik dengan alasan Allah suka sesuatu yang cantik itu. Ya memang betul Allah suka pada kecantikan tetapi bukan la sehingga mengubah ciptaanNya.
" Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid ( atau mengerjakan sembahyang). Makanlah dan minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai akan orang-orang yang berlebih-lebihan (melampui batas) ." (surak Al-A'raff, ayat 31).
Cantik itu subjektif . Cantik tidak semestinya rupa paras, aspek lain juga boleh diambil kira. Tidak guna punyai rupa paras secantik bidadari tapi akhlak tidak secantik rupa paras. Apa yang paling penting ialah akhlak kita sebagai seorang muslim. Kerana cantiknya seseorang wanita itu terletak pada akhlaknya bukan pada rupa parasnya.
Oleh itu, Jangan pula kita bersedih jika tidak punyai rupa paras yang cantik, kerana cantik rupa paras tidak semestinya cantik akhlaknya tetapi kita sudah pun cantik jika kita punyai akhlak yang yang cantik dan sudah pasti peribadi yang indah juga dipertonjolkan kerana itu lah kunci kepada kecantikan.
~Biar kita tidak cantik dihadapan manusia, cukuplah kita cantik dihadapan Allah s.w.t. =) ~
Comments