Trip santai Berembun & Telapak Buruk (Part 2)

Assalamualaikum uolls
May peace be upon you!

Credit to Google
Meh sambung balik citer trip santai Berembun & Telapak Buruk. Last post aku ada bagitahu yang kitorang kena bayar RM30 sorang untuk permit dan lori kan. So nie nak habak mai pasai apa.

Trip santai kami start dari puncak Telapak Buruk menuju ke air craft crashed area dan turun terus ke Puncak Berembun. Kami bergerak dari tempat berkumpul iaitu Masjid Pantai jam 7.30 pagi dan menuju ke loji rawatan air pantai. Perjalanan dari masjid pantai ke loji mengambil masa dalam 45 minit (lebih kurang tak ingat sangat tapi tak jauh sangat dari masjid). Kitorang park kereta kat sana dan kat situ dah ada lori yang akan bawak kitorang ke puncak Gunung Telapak Buruk.

Trip kali ini bertemakan daypack trip  dan sebagai langkah keselamatan, team leader dah bagi senarai nama jemaah yang menyertai trip ini ke balai polis dan juga kem tentera yang akan kita jumpa di puncak Telapak Buruk nanti. Bermula la perjalanan trip santai kami dengan menaiki lori yang memuatkan seramai 33 manusia! Perjalanan dari loji ke puncak Telapak Buruk mengambil masa lebih kurang selama 1 jam lebih. So permulaan hiking kami dengan lori tapi kalau nak jalan pun boleh tapi tax tahu la pukul berapa nak sampai!. Kami gerak ke puncak Telapak Buruk pukul 7.45 pagi dan sampai ke Puncak pukul 9.00 pagi. Walaupun naik lori perjalanan nak naik ke puncak tue mencabar jugak! Sakit kaki duduk lama dalam lori dengan jalan yang tak berapa nak cantik walaupun bertar bagai. So boleh bayangkan mamcam mana kitorang dalam lori tue. Bila lagi kan bukan selalu pun layan kan aje!

Ni la lori yang kami naik smpai ke puncak Telapak Buruk
Perjalanan menuju ke puncak Telapak Buruk
Route to puncak Telapak Burukl
Jalan menuju ke puncak Telapak Buruk

Macam mana nak tahu dah sampai ke puncak Telapak Buruk? Senang je bila kita dah sampai end road dan nampak ada pencawang TM dan ada tentera yang jaga pencawang tu bermaksud kita dah sampai la!

Sampai sudah Puncak Telapak Buruk

Lebih kurang pukul 9.00 pagi kami sampai di puncak Telapak Buruk. Tak ada apa pun kat puncak tue. Cuma ada pencawang TM dan balai tentera yang jaga pencawang tue. So kami pun lapor diri di balai tersebut dan team leader bagi senarai nama yang join trip pada pegawai tentera tue  untuk tujuan keselamatan. Kami tak dibenarkan untuk amik gambar kat kawasan tue so tak ada la gambar. Jadi selepas selesai urusan semua kami mulakan pendakian dengan sedikit warm up dan doa. Kami mula mendaki jam 10 lebih.

pendakian bermula di sini

Pendakian kami bermula di tepi loji di 
puncak Telapak Buruk dan kami melalui jalan yang agak sempit pada awal nya kemudian trail landai dan ada kala sedikit mendaki. Perjalanan kami menuju ke aircraft crash area dan mengambil masa selama 1 jam lebih ikut kelajuan masing-masing. Setibanya di kawasan tersebut, untuk melihat serpihan bangkai pesawat terhempas kita kena turun sekit.dan jalan lebih kurang 2 minit untuk melihat lokasi pesawat yang terhempas tue. Ikut kan penat malas aku nak turun sebab nak naik balik mencanak jugak. Tapi sebab first time sampai aku pun layan je la trail mencanak tue.

Antara bangkai pesawat yang ada di situ


Member yang berjaya meracun aku untuk join trip nie 

Peace yaww! 

In memory

Gunung Telapak Buruk 1193mtr

Lepas berehat dan bergambar bagai kat sini lebih kurang pukul 1 petang kami pun bergerak ke puncak Gunung Berembun. Perut dah berdongdang sayang dah dengan penat yang tak sudah kaki kuat lagi mengorak langkah demi langkah untuk terus ke puncak. Perjalanan dari Telapak Buruk ke Puncak Berembun kebih kurang 1jam lebih mengikut kelajuan masing-masing. Macam aku yang slow nie mungkin lagi lama la. Lebih kurang pukul 2 petang aku sampai di puncak G.Berembun. Sampai-sampai aje, team yang dah sampai awal tengah masak-masak. So apa lagi time to eat la kan. Sambil-sambil makan sempat lagi bergambar sakan sebagai kenang kenangan. Ada 2 lagi team lain yang tengah lepak-lepak makan kat situ so bertambah-tambah meriah. Oh Lupa nak bagitau kalau nak hiking kat sini bersiap sedia dengan pacat ye! Memang banyak! Ada je kat mana-mana. Jom layan gambar-gambar sekitar puncak G.Berembun.







Kami berehat sambil makan-makan kat puncak lebih kurang 1 jam. Dalam pukul 3.15 petang aku dengan member bergerak dulu ikut first team yang baru bergerak. Since aku slow so kene gerak awal sikit. Check point seterusnya adalah menuju ke gua kambing. Kalau tadi trail dia kejap menurun kejap mendaki yang ini memang menurun je. So bile menurun faham-faham la kaki tue majn break je la. Tahap menurun dia memang rabak kaki wei! Curam! Kalau dari bawah  memang mencanak terpacak la! So nak turun nie ada disediakan tali sepanjang trail. So better hold tali tue. Rase macam nak gelongsor je kalau tak pikir akar-akar kayu tu. Perjalanan dari puncak Berembun ke gua kambing mengambil masa dalam 2-3 jam (normal pace). Bila jalan macam never ending road je! Time nie memang mental rabak dah dengan kaki dah start melecet  dan hujung jari kaki dah start sakit sebab banyak break kan nak control kelajuan turun bukit. Tapi kaki gagah jugak bergerak sebab target nak turun keluar dari hutan before gelap sebab kami berdua tak ada torch light! Bagus kan. Time nie memang jarak antara team dah jauh-jauh. Kadang- kadang aje terserempak dengan orang. 

Kenapa Gua Kambing? Aku pun tak tahu sebab bila aku sampai tak ada rupa kandang kambing pun or kot -kot ada kambing. Tak ada pun. Kat gua kambing ni adalah satu-satunya tempat yang ada line telefon dan water station. Kat sini kita boleh topup air . Bila lagi nak rasa air gunung! Tapi aku tak refill pun tak teringat pun. Kami lepak jap kat gua kambing dalam setengah jam. Time tue jam dah pukul 4 lebih. By the way kat sini ada pokok durian! Sebelum aku berangkat sempat jugak makan seulas durian kebetulan jatuh masa kami lepak kat situ dan ada team yg sedang makan durian bagi kat kitaorang yang tengah lepak kat situ. Lepas makan aku dengan member gerak dulu. Sebab yang lain macam tak ada ura-ura nak turun lagi pun mungkin diorang tunggu member lain yang masih tak sampai lagi kat gua kambing. Kami berdua decided untuk gerak dulu. 
Sempat kami selfie di gua kambing!

Belakang tue gua kambing! 

Seterusnya kami bergerak menuju ke Lata Berembun. Perjalanan dari gua kambing ke Lata Berembun 45 minit (normal pace) tapi aku rase dekat 1 jam gak berjalan . Macam never ending road je. Sepanjang perjalanan memang tak ada orang lain aku dengan member aku je. Kaki dah memang sakit tambah penat yang teramat. Dalam penat - penat berjalan sempat lagi bergambar kat tengah-tengah hutan.



Walaupun penat tapi perjalanan mesti diteruskan sepanjang jalan ditemani bunyi air dan unggas tambah dengan suara kami berborak menghilangkan penat! Semakin lama semakin kuat bunyi air! Good sign! Sambil jalan terserempak dengan dua oarang asli aku sempat tanya jarak nak ke Lata Berembun, pakcik tue cakap dah tak jauh dah. Ok another good sign! Kitorang pun teruskan berjalan. Eh seriously! This is never ending road wei! Kaki dah rabak nie. Sepanjang jalan memang nampak anak sungai means we are in the right path! Tapi kenapa tak sampai-sampai lagi nie. Ok la layan kan aje trail nie. Lama-lama air yang kitorang nampak tue makin kuat dan kedengaran agak deras! Ok good sign wei! Makin lama makin deras dan terdengar la suara meriah kat bawah tue. Finally we are here! At Lata Berembun! .

Lata Berembun last stop
Bajet nak teruskan perjalanan rupanya tak ada jalan lain memang kena turun cross lata berembun untuk turun keluar ke loji tempat kitorang parking tue. So no choice kami pun turun lepak kejap cuci kaki. Sambil lepak-lepak tanye team member yang dah lama smpai tue jarak nak turun ke loji jauh lagi ke? Then dia cakap lebih kurang 45 minit gak (normal pace ) . Jatuh rahang kami berdua. We thought that tak jauh dah. Tapi lagi 45 min! Ok mental time nie memang kena kuat nak lawan penat dengan kaki yang melecet tue. Jam time tue dah pukul 5.30 petang. Member lain tengah mandi manda dan ada lagi masih lagi dalam perjalanan ke Lata Berembun. 4 orang dah turun lama dah dan ada 3 orang lagi dah nak gerak jugak. So aku dengan member bagitau team member tadi yang kitorang nak gerak dulu. So atleast dia aware berapa orang yang dah turun.

Perjalanan kami diteruskan lagi menuju ke loji rawatan air pantai. Tempat mula-mula kami sampai dan park kereta sebelum bergerak menaiki lori. Anggaran perjalanan 45 min. Tapi untuk aku mungkin jadi 1 jam dengan keadaan kaki aku yang dah rabak nie so bertambah slow. Time nie memang tawakal je dan walaupun badan dah penat kaki sakit alhamdulillah ktorang berjalan laju jugak. Sebab pikir kami tak ada torch light so nak tak nak kena gak keluar before gelap!. Another never ending road! Rase macam dah lama berjalan tengok jam tak smpai sejam pun lagi. Means jauh lagi la. Mari la berjalan lagi dan lagi. Hujung-hujung nie trail dia dah banyak pokok balak yang dah tumbang so kena la memanjat time nie dah tak pikir penat nyer kaki tue tapi ingat nak keluar before gelap! Jam dah menunjuk jam 6.35 petang and we still in never ending road. Then jalan punya jalan ktorang dah nampak bumbung loji! Yeay dah nampak bumbung loji so semakin bersemangat kami berjalan. Tapi again! Nampak je bumbung tapi mana nie end road nie. Mental beb mental!!  Layan je la trail tue then ktorg ternampak motorsikal di persimpangan kat hutan tue. Ada  2 jalan kanan pun ada tanda and sebelah kiri pun ada tanda. So now nak ikut mana? Ktorang pun decided untuk guna jalan sebelah kanan sebab belah kiri tue agak tinggi untuk turun plus sebelah kanan tue ada motorsikal. Ktorang agak milik orang asli yang ktorang jumpa tue. Turun la kitorang guna jalan kanan tue. Elok je ktorang turun terus nampak loji dan kereta ktorang yang park pagi tadi! Yeayy!! Finally!!! Alhamdulillah selamat sampai dan berjaya turun sebelum gelap!.  Jam masa tue pukul 6.45 petang dan kami terus bergerak ke masjid tempat berkumpul pagi tadi untuk mandi dan bersiap solat dan gerak balik ke KL. Pada waktu kami turun termasuk kami 9 orang yang dah selamat turun yang lain dalam perjalanan lagi. Kami pun maklum kan dlm group yang kami telah sampai dan akan bergerak pulang selepas solat maghrib. 

Tamat la trip santai Berembun & Telapak Buruk! Santai ke tak?? Rabak kaki wei dua hari kaki aku rabak. Well nie perkara biasa lepas hiking!.


Comments

Unknown said…
Salam. ada no telefon lori tu tak? bole email saya zubaidah_mn@yahoo.com

tqqqqq
Nurul Majdah said…
Alamak xde la no.lorry tue..sbb ketua yg inchrge smua..ktorg just naik je..
Assalam..boleh tak tolong dptkn no lori tu..hehe

Popular posts from this blog

Trip santai Berembun & Telapak Buruk (Part 1)

My Seoul! - Part 1