Ramblekosong:Cerita hujung minggu yang dah basi ^^v part 2

Salam semua!!! masih lagi dalam mood nak berkongsi cerita tentang cuti hujung minggu aku (tapi yang dah basi la...hehehe). Cerita ni continue dari cerita yang lepas yang katanyer nak pergi hiking. So the next day aku dengan bebudak office pergi hiking at Bukit Tabur.Dalam penat yang tak berapa nak hilang nie aku gagah jugak bangun pagi-pagi sebab excited giler nak pergi hiking (first time nak pergi hiking semangat berkobar-berkobar..=P). Plan nak naik pagi2 tapi sebab ada masalah transport last minute so kitorang kumpul kat masjid Jamek then sampai Bukit Tabur dalam pukul 8. So bermula la ekspedisi kitaorang mendaki Bukit Tabur (hahaha gaya excited lagi...jap lagi kita tengok excited lagi ke tak..haha) Before tue meh aku citer sikit pasal Bukit Tabur, bagi yang tak tahu Bukit Tabur nie terletak di Taman Melawati (dekat aje dengan umah aku...10 minute pun boleh sampai). Bukit nie ada 2 bahagian east and west yang kitorang naik nie west punyer.Ketinggian lebih kurang 1000 meter and untuk naik ke puncak ambil masa lebih kurang 3-4 hours.So ada berani?? naik la ..=)

                                                     Pemandangan dari atas puncak

Kita sambung balik cerita orang semangat nak daki bukit nie, so kitorang start panjat dalam pukul 8. Mula- mula naik track ok lagi lepas 5 minute track die macam dah haishhh makin tinggi la pulak. aku dah menunujukkan tanda2 nak pancit padahal tadi punyer la excited and baru aje panjat. But seriously memang penat member2 bukan main laju ke hadapan aku macam dah nak giveup rasanya (haha..rase nak patah balik aje) mungkin sebab dah lama tak buat activity2 extreme macm nie. Nak tak nak aku teruskan jugak la perjalanan walaupun membebel penat aje. =P( sorry ye kawan2 saye memang mcm nie..hehe) jalan punyer jalan tetiba rase macam eh ingatkan hiking bukit macam jungle tracking yang biasa-biasa tue sekali tue diaaaa punya la tinggi batu-batu bukit ...arrghhhhhh citer la kena panjat batu-batu tue ( dalam hati dah menyesal tak google siap2 pasal bukit Tabur) nak patah balik memang dah terlambat tak ada pilihan terpaksa jugak wat rock climbing gune tangan aje (giler takut).Hiking kat Bukit Tabur memang mencabar giler bagi yang first timer macam aku nie. Memang penat tapi reward die terasa bile semua puncak kitorang dah sampai. Time tue penat pun dah tak hinggat semua jadi happy terlebih (terutama orang yang menulis ni =P ).So citer naik puncak dah abih nak turun pulak pe cer?? jangan risau nak turun straight forward sikit compared to nak naik yang paling pasti kitorang takkan turun ikut jalan yang kitorang naik, kalau la itu la satu2nya jalan yang ada memang tak sanggup aku. Kitorang pun start turun dalam lebih kurang 11 lebih masuk jalan hutan macam yang aku cakap jalan nak turun lebih straight forward tapi disebabkan turun bukit so kaki memang sakit la sebab nak control speed kaki kita. Time nak balik tue boleh la nampak pokok durian, manggis dan macam2 lagi (padahal ini je yang aku nampak..haha). Lebih kurang pukul 12 lebih kitorang daah sampai bawah time tue terasa penat lapar and kat dalam hati dah pikir nak amik mc esoknyer =P (tapi tak pun ye!! gagah jugak pergi office walau kesengalan2 di kaki mula terasa). Sesiapa yang gemarkan hiking tempat2 yang extreme this is one of the place that you guys should try tambah view tempat tue pun cantik tapi  jangan nak cepat sampai sampai lupa safety sebab kat situ pernah terjadi accident (nak tahu google ye!) and hari yang kitorang panjat tue pun ada one guy nie jatuh and pengsan (tak tau apa citer sekarang nie) so be careful and just enjoy the view ok! ^^v. Next project (cewah haha) will be Gunung Datuk, insyaAllah.

snap..snap..=)

                                                                 Tinggi seh (-_-)'

   sempat bergambor before nak naik =)

second last puncak before the final..=) 

first puncak muka happy tapi penat giler

second puncak with new friends



Comments

Popular posts from this blog

Trip santai Berembun & Telapak Buruk (Part 2)

Trip santai Berembun & Telapak Buruk (Part 1)

Rezeki Saya..Rezeki Awak..Rezeki Kita